sfhzuraz Publish time 7-1-2022 06:14 PM

Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri, 9 anak

Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri, 9 anak
| | 07 Januari 2022

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/01/07/1407870.jpeg
Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini disambung reman sehingga 10 Januari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu tamat reman pada Khamis namun polis memohon untuk menyambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan.


"Lelaki itu ditahan pada 31 Disember lalu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika pada Jumaat.


Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita bersama sembilan anaknya diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang selepas menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami mangsa.


Berdasarkan gambar yang tular juga mendapati terdapat kesan kecederaan melibatkan beberapa anak pasangan itu malah wanita tersebut turut mendakwa dia juga didera fizikal dan mental sehingga bertindak meminta bantuan beberapa individu untuk melarikan diri daripada suspek kerana sudah tidak tahan. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/181898/BERITA/Semasa/Lelaki-disambung-reman-bantu-siasatan-dera-isteri-9-anak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

NaylaArisha Publish time 7-1-2022 06:19 PM

yg pukul tu bekas suami kan

sfhzuraz Publish time 8-1-2022 12:10 AM

NaylaArisha replied at 7-1-2022 06:19 PM
yg pukul tu bekas suami kan

tak tau la nay. artikel atas tak sebut pula bekas suami.
Pages: [1]
View full version: Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri, 9 anak


ADVERTISEMENT