CARI-MAL Publish time 7-1-2022 01:45 PM

'Rasa Kebal Ke Tawaf Ramai-ramai, Tingkatkan Risiko Jangkitan C19?' - Dr Izzar

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.


Kata Dr Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/134305yoz129ozo71jjojy.jpgKredit foto: IG Dr Izzar




Natijah daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu tambah Dr. Izzar akan mendatangkan risiko kepada semua pihak termasuk orang awam lain.


"Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah lain untuk menunaikan umrah dan haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi.


"Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban jemaah dari Malaysia disebabkan saya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/134306xie8mfm4ir8xrhxv.jpg



"Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan," tambahnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/134306uyualtaazm0mmad0.jpgKredit foto: IG Dr Izzar




Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.


Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.


Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.




Sumber: GEMPAK

mamajawie Publish time 7-1-2022 02:42 PM

ingatkan mare konter tadi kat blakang heollss..tanjat iollss

jazaa100 Publish time 7-1-2022 06:52 PM

Sumpah aku tak kenal.....

Klu bini pelakun, tak yah somi dok sibuk nk cari glamer jugak....contohilah artis dulu....

caprisonne Publish time 7-1-2022 07:08 PM

Habis yg 78 org yg dah dicucuk yg kena c19 tu kau tak nak komen ke? Jgn jd doc bodoh begini. Lepas ni tadah lagi lengan dos 4.

naina Publish time 8-1-2022 09:48 AM

caprisonne: Habis yg 78 org yg dah dicucuk ...


Yang tu takpe chuols. Atas sebab dah vaksin maka dimaafkan. Ntah2 fitnah je. Sistem yang problem.

Belibis Publish time 8-1-2022 09:18 PM

Ntah2 kj main hembus jee cakap ada yang tak vaksin..bukan boleh percaya mamak tu.

KamikuP Publish time 10-1-2022 12:57 PM

Belibis: Ntah2 kj main hembus jee cakap ada yang tak vaksin..bukan boleh percaya mamak tu.

KJ mamak kutty ke cuolls?
Pages: [1]
View full version: 'Rasa Kebal Ke Tawaf Ramai-ramai, Tingkatkan Risiko Jangkitan C19?' - Dr Izzar


ADVERTISEMENT