CARI-MAL Publish time 7-1-2022 01:05 PM

Nak Tolong 'Awek' Jatuh Motor, Sekali Motornya 'Terbang'

Tular video memaparkan tindakan dua lelaki sedang membantu penunggang motosikal wanita yang terjatuh, namun gagal mengawalnya sehingga jatuh kembali, lapor Suara.com.


Video yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @mirathieroff.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/130455vouhh3hpunpcpnlc.jpgKredit foto: TikTok




Pada awalnya, seorang gadis yang membawa motosikal dilihat terjatuh apabila ingin membuat pusingan U.


Dua lelaki yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantunya.


Bagaimanapun, setelah mendirikannya, seorang daripada mereka yang memegang bahagian hadapan motosikal gagal mengawalnya.


Motosikal itu bergerak tanpa kawalan lalu ‘terbang’ dan kembali jatuh di jalan raya.




7049494575718681883


Netizen menerusi komen dilihat keliru sama ada ingin ketawa atau kesian dengan kejadian yang berlaku.


“Saya tidak ketawa pada mulanya, namun tergelak selepas motosikal itu terbang,’’ tulis seorang netizen.




Sumber: Kosmo

eyansss Publish time 7-1-2022 01:47 PM

daripada takde kerosakan (or minimal), terus dapat rosak banyak...haiyooo...niat dah bagus dah tapi tu la, nak jadi cerita...

Artemesiaa Publish time 7-1-2022 05:19 PM

Ada yang tersilap gi perah ler tu mau tak tebang
Pages: [1]
View full version: Nak Tolong 'Awek' Jatuh Motor, Sekali Motornya 'Terbang'


ADVERTISEMENT