CARI-MAL Publish time 7-1-2022 12:55 PM

Tebuan Mengganas Serang Kereta, Macam Mana Orang Yang Lalu Di Ladang Sawit Tu?

Tebuan merupakan antara serangga paling ditakuti disebabkan sengatannya yang berbisa boleh mengakibatkan tindak balas yang serius kepada badan dan fungsi organ manusia


Menerusi perkongsian video oleh @datoazray di media sosial baru-baru ini memaparkan sekumpulan tebuan menyerang keretanya yang sedang melalui laluan di kawasan kebun kelapa sawit.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/125232he87eog1fr1ccedy.jpgKredit foto: TikTok




Hampir puluhan ekor tebuan berada di keliling kereta seolah-olah sedang mengganas dan ingin menyengat mereka yang berada di dalam kereta.


Video yang dirakam dari dalam kereta tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan rata-rata mencabar lelaki itu membuka tingkap.


Sementara itu, ada juga pengguna yang berkongsi pengalaman mereka disengat serangga berbisa itu.




7049694096465644827


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/125427wbgewza4b1fxxx44.jpg



“Saya pernah kena sengat tepat di kepala, terus demam panas hampir seminggu, teruk juga bengkak,” kata @Samaeonone9.




Sumber: K! ONLINE

Thunderclouds Publish time 7-1-2022 02:41 PM

Scary. Byk2 mcm tu bulih mninggal. Tringat budak yg kt tganu dlu tuh. Sian weh

Artemesiaa Publish time 7-1-2022 05:31 PM

Mengerikan macam tabuan tanah tu

Supersirap Publish time 8-1-2022 08:31 PM

Panggil lah pihak yang berkaitan untuk buang sarang tebuan tu, sangat berbahaya kepada orang awam
Pages: [1]
View full version: Tebuan Mengganas Serang Kereta, Macam Mana Orang Yang Lalu Di Ladang Sawit Tu?


ADVERTISEMENT