Cintaerina Publish time 7-1-2022 12:04 PM

Dikritik Tunjuk Contoh Kurang Baik, Cikgu Jelaskan Isu Kahwin Dengan Bekas Pelajar

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/115034dxz29ccw3dgw2zf9.png
Sumber: Tiktok anieshashim





Dia pernah menjadi guru muzik, tetapi kini identitinya telah menjadi "isteri".


Jelas sekali, jarak usia 11 tahun tidak menjadi penghalang kepada perkahwinan Nurhanis Zahidah Hashim dengan bekas pelajar sekolahnya. Bagaimanapun, Muhammad Hazim yang mengikat hati ibu tunggal dengan dua anak menerima cadangan untuk membina kehidupan bersama dengan keikhlasan di hati.


"Kami tidak bercinta…lepas bertunang baru start keluar bersama"


Terdahulu, Nurhanis mengakui mengenali suaminya ketika di tingkatan empat, namun ketika itu mereka hanya hubungan guru dan pelajar.


Malah selepas Hazim menamatkan pengajiannya, kedua-duanya terputus hubungan sehinggalah mereka bertemu semula dalam reunion pada Disember 2020.


Mereka lebih mengenali antara satu sama lain dalam tempoh beberapa bulan, dan kemudian membina masjid bersama pada 10 Disember tahun lalu.



7049959929842568474


"Saya tidak mengajak, cuma teruja rupanya jodoh ada di situ…bukan mudah untuk seseorang nak pilih calon hidup"


Bagaimanapun, perkongsian ini tidak terlepas daripada kritikan netizen seperti mengajak pelajar berkahwin dengan guru.


Hasilnya, Nurhanis tampil profesional dan mengesahkan tujuan asalnya hanya untuk berkongsi detik-detik bahagia dalam hidupnya. Pun begitu, beliau memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.



"Abaikan mereka yang tak pernah tahu susah & peritnya cari pasangan…jodoh pertemuan Allah tentukan" - Netizen


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/115312c8a611xk2nsdde2m.jpg

Sumber: Tiktok anieshashim



Selepas itu, netizen turut menyatakan sokongan terhadapnya, kerana tiada isu yang harus diperdebatkan. Selain mendoakan Nurhanis dan keluarga Hazim, ramai juga berharap pasangan itu tidak menerima bulat-bulat kritikan netizen. -CARI




Kredit: Tiktok anieshashim

kucingitam Publish time 7-1-2022 12:17 PM

bekas pelajar je kot..bukan budak tumasih student dia..

mamajawie Publish time 7-1-2022 12:35 PM

jijikkkkkk..please jangan normalisasikan pedofile..

Normabaru Publish time 7-1-2022 12:46 PM

Kenapa perlu buat video permohonan maaf klu boleh delete komen;P

prince_marhaen Publish time 7-1-2022 12:59 PM

tetapppppppppppp fishyyy.... pedo mind grooming.. walaupun bdk tu dah habis sekolah.. kalau cikgu lelaki macam-macam kena kata.... skrg trend cikki perempuan pulak mendoniaaaaa cinta anak murid... yihhh

Samerosie Publish time 7-1-2022 01:10 PM

Kawin salah, tak kawin pun salah, nanti kena cerca dgn ifans pula.

saviour_09 Publish time 7-1-2022 04:07 PM

imagine kalo laki yg jadi cikgu tu

mesti lagi meroyan acik2 sumpah seranah pedo kheennn :lol:

fair_iza Publish time 7-1-2022 04:53 PM

Cukup2 lah cikgu main tiktok. Kalau guna sbg abm ok lah, ni buat video ss. Dah la yg bertiktok mak org jua, x ada perasaan malu ke announce 1 malaya kawin dgn student sendiri?

fair_iza Publish time 7-1-2022 04:56 PM

KPM tolong gariskan akta lebih jelas spy cikgu2 ini tidak berkongsi sbrg cerita sampah dlm kelambu dlm socmed. Dh jdi hina profession perguruan.

Artemesiaa Publish time 7-1-2022 05:27 PM

Sejenis attention seekers juga mungkin. Pada hal bukan kes pertama pun sejak bertahun dulu ramai je kes cikgu kawin dengan murid tak ada kecoh pun.

Artemesiaa Publish time 7-1-2022 05:29 PM

Sejenis attention seekers juga mungkin. Pada hal bukan kes pertama pun sejak bertahun dulu ramai je kes cikgu kawin dengan murid tak ada kecoh pun.

UMMI_MAI Publish time 7-1-2022 05:59 PM

yep... cikgu punnn ... kena kecoh2 ke kawin ngan bekas anak murid .... adui laaa

hyie Publish time 7-1-2022 06:49 PM

masa iols masih student bbnu, iols rasa pelik bila cikgu atau lecturer kawin dengan anak murid. Sebab ada kenalan meols begitu. Tapi sekarang rasa macam lantak kau lah situ asalkan bukan pedo jah sis :lol:

musangbodoh Publish time 7-1-2022 08:29 PM

nasib lh cekgu aq x mcm nie..

hasniey Publish time 8-1-2022 12:58 AM

Beza suami dgn anak sulung bpe tahun?10 ke kurang lg?....erm...tah la..xboleh terima la
Tau la org ckp jodoh.tp student sendiri kot

Meiizu Publish time 8-1-2022 02:38 AM

By 50 bakal jadi kak rima mcm thread sebelah....haaa ghisau ghisau

Supersirap Publish time 8-1-2022 08:28 PM

Jangan lah war-war kan perkara ini kepada netizen, kan dah macam netizen cakap, diam-diam sudah

hmmlantakko Publish time 8-1-2022 11:47 PM

Kawen dgn pasangan lebih muda atau ex students rasanya x timbul isu pedo. Dah halalkan dan suka sama suka pedo ape kejadahhhnya??

Lolalala Publish time 10-1-2022 02:33 PM

Sekolah menegah aku dulu ada 2 student kawin dgn cikgu. Sorg perempuan kawin dgn cikgu laki. Dah beranak pinak dah. Sorg lagi student laki kawin dgn cikgu perempuan. Lama juga kawin tp cerai tanpa anak

miu84 Publish time 10-1-2022 04:39 PM

Boleh je kalau kawen tapi tak payah letak kt tiktok. Up gambar kat dalam circle sendiri sajork udah. Setkan private kat FB / IG tuh. Nih hadap jugak nak viral. Kosser
Pages: [1]
View full version: Dikritik Tunjuk Contoh Kurang Baik, Cikgu Jelaskan Isu Kahwin Dengan Bekas Pelajar


ADVERTISEMENT