Lagubestbest Publish time 6-1-2022 07:12 PM

Income 3K Sebulan Kutip/ Jual Sampah

Edited by Lagubestbest at 6-1-2022 07:16 PM

Jangan hina pemungut sampah, rasanya? Erin dan Dave pasangan suami isteri dari Buffalo. Jumpa jodoh semasa part-time kutip sampah. Mula-mula mereka kutip sampah sebagai satu hobi, kepuasan jumpa sampah yang masih boleh diguna. Tapi sekarang mereka bercita-cita tinggi. Kutip.. simpan dalam rak inventori.. kemudian jual di eBay. Impian terbaru yang dah tercapai beli bot USD10K hasil kutip dan jual sampah.



Antara sampah yang dijumpai.
1. Xbox USD30
2. Laptop
3. Extension cable
4. Amplifier lama USD400
5. Set camera CCTV USD120
6. Kotak Champagne Kosong USD30
7. HD Cam Pakai Buang (orang beli untuk ambil capacitors) USD18
8. Spare part mesin fotocopy
9. Makanan dalam kotak/ bungkusan/sayur (diorang letak tepi jalan.. dalam sejam nanti hilang orang ambil)

Hasil jualan sampah yang dikutip kini telah melebih dari sekadar duit beli air botol atau duit poket.
A. Bayar sewa
B. Bayar relau (pemanas rumah)

Kos.. trak pikap dan maintainance:
i. Masa
ii. Duit minyak
iii. Servis trak

Cabaran:
Kena halau oleh pihak berkuasa sewaktu kutip sampah.

Strategi:
Petakan seluruh tong sampah di seluruh bandar.
Catat masa sesuai untuk pergi kutip sampah.

Lebih Bijak:
Deal pergi letak tong sampah di tepi pusat servis kenderaan kerajaan/ polis. Barang elok kenapa buang? uh projek banyak tak berhenti malas fikir.
1. Kerusi kereta USD60

Deal tong sampah khas tepi pasaraya
1. Banyak potato chips.
2. Makanan/ minuman (grocery)

Motivasi:
Nampak peluang. Set minda. Pergi buat.

musangbodoh Publish time 7-1-2022 03:46 AM

pengemis pun dpt elaun.....
Pages: [1]
View full version: Income 3K Sebulan Kutip/ Jual Sampah


ADVERTISEMENT