Agent13k Publish time 6-1-2022 04:45 PM

Dah Khatam Al-Quran 3 Kali! Dia Ni Korea Ke Cina?

Membesar dengan dikelilingi pelbagai bangsa dan budaya sudah tentu memberi kesan kepada keperibadian dan penampilan seseorang.

Baru-baru ini, tular video di TikTok menunjukkan seorang pemuda berwajah ala Cina - Korea yang fasih berbahasa Melayu membuat orang ramai tertanya-tanya siapakah gerangan individu tersebut?



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/160547h2aqpqd34ppdpdi1.pngkredit foto: MStar



Menurut mStar, Shabanie Saini dibesarkan ibu dan bapa angkatnya iaitu Jaliah Majid and Saini Rosli yang menetap di Kuching, Sarawak.


Pelajar kolej matrikulasi Selangor itu menjelaskan keluarga kandungnya berbangsa Cina, tetapi mereka telah meninggal dunia dan sejak bayi dia dibesarkan oleh keluarga melayu.




7048980033582402843


Shabanie menjelaskan nama samarannya, Daniel Choo yang digunakan di platform media sosial merupakan hadiah pertama daripada ibu bapa kandungnya.


Bersekolah di Sekolah Menengah Green Road, Kuching yang hanya mengguna dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris, Shabanie mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak tahu langsung berbahasa Cina.


Tidak menafikan bahawa adakalanya, dia berasa cemburu melihat kemesraan rakan dan ibu bapa kandung masing-masing.

"Tipulah kalau saya tak cemburu bila tengok mak ayah hantar kawan-kawan saya pergi sekolah siap peluk cium dan bagi bekal makanan lagi, tetapi lama-kelamaan saya rasa semua itu tidak penting lagi kerana kita mestilah pandang ke hadapan untuk maju dalam kehidupan."




7017689601850527003


Tambahan pula, disebabkan dia memiliki wajah seperti anak Cina dan Korea serta fasih berbahasa melayu, sudah tentu ramai yang mempersoalkan identiti Shabanie. Walaupun berdarah Cina, dia dibesarkan keluarga Melayu dan hidupnya berpandukan ajaran Islam. Malah, dia telah Khatam Al-Quran sebanyak tiga kali! - CARI

Artemesiaa Publish time 6-1-2022 04:47 PM

Dah benar dia cina tapi jadi anak angkat melayu bukan iras orang cina jadi tak hairan dia fasih berbahasa melayu dan pandai mengaji.

Adrif Publish time 6-1-2022 11:12 PM

yang lahir melayu Islam, mesti dah khatam banyak kali kan:$

I pasti. I bangga dengan you orang:$

pembaris jangan hadir ;P
Pages: [1]
View full version: Dah Khatam Al-Quran 3 Kali! Dia Ni Korea Ke Cina?


ADVERTISEMENT