mattzzx Publish time 6-1-2022 04:43 PM

Honda X-ADV dalam warna baru di Malaysia

https://paultan.org/image/2022/01/Honda-X-ADV-2021-Malaysia-BM-28-e1641451083107-630x515.png
Honda X-ADV yang diperkenalkan pada tahun lepas kini hadir dalam pilihan warna baru Mat Ballistic Black Metallic, sebagai tambahan kepada warna Pearl Deep Mud Gray dan Grand Prix Red sebelum ini. Harga jualannya masih lagi sama, iaitu RM67,799 tidak termasuk insurans.

Model yang dilancarkan pada tahun lepas ini adalah model generasi kedua yang melibatkan pelbagai peningkatan, bermula dengan panel badan serba baru untuk menjadikannya lebih agresif, termasuklah lampu hadapan LED yang dilengkapi dengan DRL LED. Bentuk tempat duduk turut diubah supaya penunggang dapat menjejak tanah dengan lebih mudah dan tingginya sekarang adalah 820 mm. Penghadang angin baru di hadapan boleh dilaras lima tahap secara manual.

Di hadapan pemandu terdapat panel digital TFT 5.0 inci berwarna untuk memaparkan segala informasi penting. Ia juga boleh disambungkan kepada telefon pintar serta headset (tidak disertakan) melalui Honda Smartphone Voice Control System dan membolehkan kawalan panggilan, emel, muzik dan navigasi.

https://paultan.org/image/2020/11/Honda-X-ADV-2021-BM-4-e1605068588642-630x510.jpg
Enjin pula masih lagi sama, iaitu unit dua silinder selari SOHC 745 cc, tetapi kuasanya telah ditingkatkan sebanyak 4 hp, menjadi 57.8 hp pada 6,750 rpm dan 69 Nm tork pada 4,750 rpm. Enjin ini juga sudah melepasi tahap Euro 5 dan boleh dikerah sehingga 7,000 rpm. Antara yang diubah adalah pemasaan injap serta kecekapan kemasukan udara serta ekzos.

Pada bahagian transmisi, nisbah gear untuk unit klac berkembar (DT) enam kelajuan padanya telah diubah untuk menjadikan pecutan awal lebih pantas (gear 1, 2 dan 3 lebih pendek) dan meningkatkan kecekapan bahan api serta kebolehgunaan gear pada kelajuan lebih tinggi (gear 4, 5 dan 6 lebih panjang). Selain penukaran gear automatik, transmisi ini juga mempunyai mod manual dengan kawalan naik dan turun gear menggunakan butang.

Untuk kawalan kuasa, X-ADV 2021 menggunakan sistem ride by wire dan penunggang disediakan dengan lima mod iaitu Standard, Sport, Rain, Gravel dan User. Dalam empat mod yang pertama, tahap penyampaian kuasa, engine braking, Honda Selectable Traction Control (HSTC) dan ABS dilaras pada tahap tertentu sementara dalam mod User, penunggang boleh melaras semua ciri ini pada tahap yang mereka mahukan. HSTC mempunyai tiga tahap dan ia juga boleh ditutup terus.

https://i2.wp.com/paultan.org/image/2022/01/Honda-X-ADV-2021-Malaysia-BM-10.jpg?w=375&h=282&ssl=1 https://i0.wp.com/paultan.org/image/2020/11/Honda-X-ADV-2021-BM-30.jpg?w=247&h=139&ssl=1 https://i0.wp.com/paultan.org/image/2020/11/Honda-X-ADV-2021-BM-49.jpg?w=247&h=139&ssl=1


Di sebalik panel badan X-ADV 2021 ini terdapat kerangka besi rekaan baru yang menjadikan beratnya lebih ringan satu kilogram dan membantu penggunaan ruang – kapasiti ruang simpanan bawah tempat duduk meningkat menjadi 22 liter dan boleh memuatkan helmet full face. Di bahagian ini juga soket 12V telah diganti dengan soket USB.

Antara kemudahan yang disediakan oleh skuter ini adalah termasuk sistem kunci pintar, Emergency Stop Signal (ESS), tangki bahan api 13.2 liter, lampu penunjuk arah boleh tutup sendiri, tongkat tengah, penghadang tangan serta ruang simpanan kecil di bawah pemegang.

Pada bahagian roda, ia dilengkapi dengan rim spoked 17 inci, tayar 120/70, brek cakera berkembar 296 mm, angkup empat piston serta fork USD 41 mm di hadapan manakala di belakang terdapat rim 15 inci, tayar 160/60, brek cakera 240 mm, angkup satu piston serta monoshock.
Pages: [1]
View full version: Honda X-ADV dalam warna baru di Malaysia


ADVERTISEMENT