mattzzx Publish time 6-1-2022 04:17 PM

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kor6hm_1641443672.jpg
UJIAN peluru berpandu berkenaan. FOTO EPA

Pyongyang: Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor Xinhua, memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Khamis.

Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu pada Rabu, dan bergerak sejauh 120 kilometer (km) sebelum mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat, membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, menurut laporan itu.

Ia ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

"Kejayaan berturut-turut dalam ujian pelancaran peluru berpandu hipersonik mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas dalam pemodenan sistem bersenjata negara," tambahnya.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:37 PM

another nuclear missil by them
Pages: [1]
View full version: Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik


ADVERTISEMENT