mattzzx Publish time 6-1-2022 03:40 PM

Wan Hassan terima tugas Ketua Polis Kedah baharu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/cpo_1641441404.jpg
Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad (kanan) dan Datuk Kamarul Zaman Mamat pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Alor Setar, hari ini. Hadir menyaksikan majlis, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standart Bukit Aman, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, 55, dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Majlis serah tugas disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Kamarul Zaman menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kedah selama tujuh bulan sejak 8 Jun tahun lalu dan akan menjawat tugas sebagai Ketua Polis Johor bermula minggu depan.

Wan Hassan turut dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis hari ini pada majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari dan ketua-ketua jabatan serta pegawai di IPK Kedah.
Pages: [1]
View full version: Wan Hassan terima tugas Ketua Polis Kedah baharu


ADVERTISEMENT