Agent13k Publish time 6-1-2022 02:46 PM

Dunia Gempar Dengan Penemuan 10 Khazanah Purba, Hayati Kisah Misteri Di Sebaliknya

Penemuan khazanah purba sememangnya satu perkara yang amat besar dan kita perlu mengambil tahu kerana ianya melibatkan sejarah tamadun dahulu dan pelbagai perkara kita boleh belajar, tidak kira kecil mahupun besar ianya adalah satu penemuan yang menakjubkan.


Ini adalah 10 Penemuan Purba yang baru dijumpai!


[*]Mumia dan Makam ditemui di Pompeii, Itali


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/140334cw88leg6laqivnka.jpgArtifak, Mumia dan Tulang Raksasa?Ini adalah 10 Penemuan Purba yang baru dijumpai!




                     Kredit foto: AllThatInteresting

Penyelidik dari Universiti Eropah dan bantuan daripada Taman Arkeologi Pompeii, mereka menemui makam Marcus Venerius Secundio di Necropolis Porto Sarno yang dijaga dengan baik. Menurut ahli arkeologi Llorenc Alapont berkata "Penemuan makan di pintu Sarno adalah penemuan yang menakjubkan kerana kita boleh belajar dan mengambil maklumat di dalam makam itu." Alapont juga berkata bahawa kebanyakan orang Rom dibakar dan bukan dikebumikan, jadi senario Secundio adalah satu perkara yang unik bagi era Pompeii dulu dan ahli sejarah era sekarang.




[*]Kapal karam berusia lebih 2000 tahun di Mesir.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/140735wf4byc4nz3p9724r.jpgkredit foto: SmithsonianMag




Semasa menerokai bandar Thonis-Heracleion Mesir purba yang sudah lamanya tenggelam, seorang ahli arkeologi yang bernama Franck Goddio yang sedang berenang terjumpa bangkai kapal di era Yunani. Ahli arkeologi itu berkata bahawa kapal itu tenggelam dahulu sebelum bandar itu ditenggelami air.Kapal itu panjangnya hampir 30 meter dan mempunyai reka bentuk Yunani dan Mesir, menurut Goddio yang menemui kapal itu "Penemuan kapal dari zaman ini sangat jarang berlaku, malah tanah liat keras membantu untuk pelihara kapal yang tenggelam itu."



[*]Pedang gangsa dari era Mycenae ditemui di Nekropolis Yunani.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141023vx4313wvj540xn7v.jpgkredit foto: Archeology




Ahli arkeologi yang sedang meneroka makam purba di Greece menemui tiga pedang gangsa, pedang adalah satu khazanah yang amat jarang dijumpai, pedang itu juga dianggarkan berusia 3,200 tahun dan seorang pakar arkeologi memberitahu yang dua bilah pedang itu dipelihara dengan baik. Menurut Kementerian Kebudayaan dan Sukan Greece berkata "Senjata itu adalah produk dari bengkel istana yang mungkin dari era Mycenae kerana ia selari dengan epik dan tradisi mitologi yang diturunkan kepada kita", ujarnya.




[*]Kapal karam berusia 200 tahun ditemui di Latvia
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141148jfu47ibdd17vg0uc.jpgkredit foto: Eng




Beberapa ahli arkeologi menemui kapal karam setinggi 40 kaki di pantai Riga, Latvia, walaupun menemui kapal karam itu dan menarik perhatian mereka, mereka terpaksa tanam semula kerana cahaya matahari itu dan udara akan membuat kapal itu reput. Mereka masih tidak tahu asal usul kapal itu tetapi dianggaran berusia 200 tahun, beberapa pakar percaya bahawa ianya berasal dari kapal perang Tentera Laut Diraja British abad ke-19 tetapi masih tiada kata putus.




[*]Tulang Haiwan tidak diketahui di Mexico
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141323w4zebe15vm9zb81y.jpgkredit foto: ScienceAlert




Seorang ahli antropologi di Lembah Techuacan ingin mengkaji asal-usul pertanian di penempatan manusia dahulu, tetapi sebaliknya ahli antropologi itu menemui tulang haiwan di Gua Coxcatlan yang dipercayai hasil pemburuan manusia zaman dulu. Selepas mereka buat analisis dengan tarikh radiokarbon, mereka menemui bahawa tulang itu berusia 33,448 tahun dan 28,279 tahun. Dengan bukti itu, mereka menjumpai bukti yang menunjukkan manusia telah tiba di Amerika sekitar 30,000 tahun yang lalu, berkemungkinan 20,000 tahun lebih awal daripada yang difikirkan.




[*]Punca sebenar kemusnahan kota Sodom dan Gomora
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141433t33qvd0599ddn97t.jpgkredit foto: Indipendent




Sebilangan ahli arkeologi berpendapat bahawa letupan meteor mungkin punca kemusnahan kota Sodom dan Gomora tersebut, menurut kitab Bible, kota itu dimusnahkan kerana kejahatan berlaku di kota itu. Mengikut teori ahli arkeologi, letupan udara kosmik yang memusnahkan bandar Tall el-Hammam di Jordan pada tahun 1650 S.M itu punca lebih 8,000 penduduk terkorban dan dianggarkan 1,000 kali ganda lebih kuat dari bom atom.




[*]Pembinaan semula dalam bentuk 3D kota tenggelam Pavlopetri, Yunani.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141539homy8mpmph5mrdl4.jpgkredit foto: GreekCityTimes




lebih 3,000 tahun lalu, malapetaka melanda sebuah bandar di Yunani, seperti teori gempa bumi, kenaikan paras laut atau tsunami yang punca kota Pavlopetri di tenggelamkan. Sejarah mengkatakan iaitu Pavlopetri adalah sebuah bandar yang unik dan tertua yang sudah lama ditenggelami air dan tanah, Ahli Arkeologi dari Universiti Nottingham, Dr. Jon Henderson berkata "Ia antara tapak yang lebih lama tenggelam di dunia dan boleh dianggap sebagai bandar terancang kerana keunikkannya." Dr. Jon Henderson berkata pembinaan semula dalam bentuk 3D Pavlopetri akan memakan sedikit masa berikutan kawasan yang hilang rupa asal kota yang tenggelam itu.




[*]Penemuan gelanggang gladiator di Turki.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/141829cn6769xa0bjn0j4m.pngkredit foto: Allthatinteresting




Kurun lamanya ribuan penonton turun ke Amfiteater Rom di bandar purba Mastaura di Turki untuk menonton pertarungan gladiator. Setelah bertahun lamanya dan ahli-ahli arkeologi yang mahukan khazanah dunia, mereka temui apabila mengikuti kisah pengembara Eropah pada abad ke-18. "Walaupun sudah ditelan zaman dan ianya masih kukuh seperti ianya baru dibin." Kata ketua penggalian dan ahli arkeologi Universiti Adnan Menderes, Sedat Akkurnaz dan Ketua Direktorat Kebudayaan dan Pelancongan di Aydin, Mehmet Umut Tuncer.




[*]Manusia Purba ditemui di Istana Wolseong di Korea Selatan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/142007nizax67zux95iymm.jpgkredit foto: KoreaHerald




Penerokaan Istana Wolseong Korea Selatan membawa kepada penemuan mayat purba seorang wanita muda, Pakar arkeologi mengesyaki bahawa dia pasangan purba yang ditemui pada tahun 2017 itu dikorbankan untuk menjaga keutuhan istana. Teori yang orang tinggal di Korea Selantan semasa Dinasti Silla mengorbankan manusia ketika projek pembinaan itu dianggap sebagai hanya mitos semata-mata, tetapi nampaknya dengan penemuan pada tahun 2017 dan baru-baru ini membuatkan mitos ini bertukar kepada sahih dan ada artifak yang boleh mengesahkan. Menurut Professor di Universiti Soongsil Choi Byung-heon "dengan penemuan baharu, tidak dapat dinafikan bahawa amalan manusia menjadi mangsa korban di Dinasti Silla."




[*]Batu Stonehenge "asli" di Wales.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/142118z1x87vx800f9rf51.jpgkredit foto: Science




Stonehenge yang terkenal di seluruh dunia dan bertapak di England itu mempunyai lagenda baru iaitu ianya diletak oleh ahli sihir Merlin yang menukarkan batu itu dari Wales ke England. Ahli arkeologi yang mengkaji tapak di Waun Mawn di Wales menemui siri "lubang batu" dalam bulatan dan menunjukkan salah satu daripadanya mempunyai kesan sepadan. Ahli arkeologi itu juga mengesahkan teori mereka menggunakan cara lain dengan mengkajisampel tanah di Wuan Mawn dan mengambil tanah di Stonehenge. Mereka menganalisis cip batu di Wales dan mendapati ianya adalah sama, batu di Wales dan di Stonehenge adalah sama. Menurut Profesor Universiti Kolej London Mike Parker Pearson yang menemui Stonehenge itu berkata "ia adalah kemuncak penyelidikan kami selama 20 tahun lamanya, ini adalah antara salah satu penemuan paling penting yang pernah saya lakukan".



Hebatkan dunia kita ini? Masih banyak lagi kita kena belajar dan banyak perkara yang manusia belum ketahui. -CARI

kennedyjones102 Publish time 8-1-2022 06:41 PM

Edited by kennedyjones102 at 8-1-2022 06:43 PM

Prompt support of our Assignments Help is available round the clock. Connect to our highly skilled experts online just by filling a very simple query form at enquiry@greatassignmenthelper.com. Without any further tarrying, opt for online help of <a href="https://greatassignmenthelper.com/ca/"> Assignment Help </a> right away!
https://greatassignmenthelper.com/ca/

Supersirap Publish time 8-1-2022 08:12 PM

Info yang menarik, terima kasih TT
Pages: [1]
View full version: Dunia Gempar Dengan Penemuan 10 Khazanah Purba, Hayati Kisah Misteri Di Sebaliknya


ADVERTISEMENT