Cintaerina Publish time 6-1-2022 01:15 PM

Akibat Cuba Panggil Rakan Halusinasi, Wanita Nak Termuntah Di Set Shooting

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/06/095807gbqzizoqof2qetoo.png
Sumber: Tiktok elhaslina_




Sebelum ini melalui perkongsian bersama mStar, Puan Elhaslina pernah mendedahkan dugaan mengalami halusinasi bermula dengan masalah depresi sehingga beralih kepada Major Depressive Disorder with Pyschsosis dan Borderline Personality Disorder. Mungkin orang lain tidak nampak, namun dikatakan wanita ini akui mempunyai seorang ‘rakan’ bernama Amanda.

"Amanda cantik masa mood El baik…Kalau sedang depresi, muka Amanda hodoh"


Bukan sahaja setia di sisi termasuklah ketika Puan El melalui detik sukar, malah rakan halusinasinya yang wujud dalam rupa seorang budak kecil itu juga boleh dipegang. Bercakap tentang rupa sebenar Amanda pula, ia bergantung kepada tahap emosinya dalam sesuatu masa.


7049224402663116058


"Permulaan tahun 2022, El dapat matikan stigma di segmen Survival untuk ‘Nona’ TV3"


Terbaru melalui TikTok Puan Elhaslina, dia sempat menzahirkan rasa teruja kerana mampu menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan berkenaan melalui perkongsian bersama pihak Nona, TV3 di segmen Survival. Akan tetapi ketika shooting sedang dijalankan, dia mengalami sedikit gangguan ketika cuba ‘mengajak’ Amanda duduk bersama-sama di ruangan berkenaan.



7049315686182653211


"El survived sangat-sangat dengan izin Allah…Allah tolong El masa tengah shoot scenes untuk Nona"


Menyifatkan kawannya itu sebagai budak baik dan cantik, Puan El sempat juga mengatakan sebenarnya Amanda sudah duduk di atasnya namun enggan berada terlalu lama di sana. Awal-awal ketika cuba memujuk pula, anxiety telah menyerang selain terlihat wanita ini hampir termuntah.


Tidak mudah untuk golongan ini 'survive', mari kita doakan semoga urusan Puan Elhaslina dipermudahkan dan semoga dia diberikan kesembuhan dari masalah depresinya. -CARI

missyL Publish time 6-1-2022 03:02 PM

Ala. Nape xde org komen lg.
I ade tgok x pandai bab nie.
Pages: [1]
View full version: Akibat Cuba Panggil Rakan Halusinasi, Wanita Nak Termuntah Di Set Shooting


ADVERTISEMENT