Agent13k Publish time 5-1-2022 04:39 PM

Pernah Tengok Lembu Jantan Lebih Manja Dari Kucing?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/05/164135nifojapijcaja3nw.jpgKredit foto: TikTok




Menerusi video tular di TikTok, pengguna bernama Arshad Sharkawi atau Awi memuat video tentang kehidupannya sebagai penternak lembu.

Sebuah video yang meraih sejuta tontonan dan menunjukkan aksi seekor lembu jantan yang amat manja dengan Awi, siap berbaring di pahanya!



7047767041784253723


Awi yang penternak lembu di belakang rumahnya di Banting, Selangor berkata, semua lembu yang dijaganya memang sangat manja terutama Boi (Lembu jantan dalam video).


Katanya, Boi dulu merupakan seekor haiwan liar dan ia memakan masa untuk menjinakkan lembu jantan tersebut.




7048868065328614682


Akuinya, dia memang berminat untuk menternak lembu sejak kecil. Malah, Awi yang menternak lembu bersama isterinya pernah ke Dubai selama setahun sebagai tenaga pengajar untuk kursus penyembelihan dan melatih petugas di Dubai bagi pasaran daging lembu ke negara Islam termasuk Malaysia. - CARI

iznanaziz Publish time 6-1-2022 09:36 AM

Lembu berat kuttt dari kucing.tahniah pada Awi kerana berjaya menjinakkan lembu yang liar.semoga terus sukses.

Kitty_catz Publish time 6-1-2022 01:08 PM

so boleh jadi satay tak? ;P

Artemesiaa Publish time 6-1-2022 04:49 PM

Kalau dah hari2 dia jaga pasti boleh jadi jinak dan manja

mesmerize Publish time 6-1-2022 11:09 PM

manja2 pastu raya haji akan datang jadi korban.. kesian ko Boi

genUmi Publish time 7-1-2022 08:03 AM

bagus , ini yang kita mahukan

Supersirap Publish time 8-1-2022 08:33 PM

Manja betul dan kiut je lembu tu dengan tuannya

becir Publish time 9-1-2022 12:07 AM

Kalau dah bagi nama tu jawabnya terus jadi pet jela, xkan disembelih..:lol:
Pages: [1]
View full version: Pernah Tengok Lembu Jantan Lebih Manja Dari Kucing?


ADVERTISEMENT