sfhzuraz Publish time 5-1-2022 01:44 PM

Kadar jenayah di Pulau Pinang turun tahun lalu

Kadar jenayah di Pulau Pinang turun tahun lalu

Zuhainy Zulkiffli - Januari 5, 2022 @ 12:51pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kppolis_1641358274.jpg
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar bagi bulan Januari 2022 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Unit No 3. Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (PSP), Jalan Padang Tembak Ayer Itam, Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong


GEORGETOWN: Pulau Pinang mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 27.3 peratus berbanding nilai ambang yang ditetapkan tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata nilai ambang yang ditetapkan berdasarkan kepadatan penduduk Pulau Pinang ialah 5,269 kes bagi 2021, manakala kes jenayah yang direkodkan adalah 3,831 kes.
Katanya, sepanjang tahun lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM113.92 juta dengan peningkatan rampasan sebanyak RM65.18 juta berbanding RM48.74 juta pada 2020.
Seramai 7,688 individu ditahan sepanjang 2021 bagi kes berkenaan yang mana 1,976 daripadanya ditahan mengikut kategori bekalan, 4,197 (kategori pemilikan) dan 1,515 lagi mengikut kategori urin.
"Didapati jenayah pengedaran dan penggunaan dadah sepanjang pandemik COVID-19 tidak menunjukkan penurunan dan ia amat membimbangkan kerana masih ramai berani melakukan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di lapangan.
"Dengan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), kita percaya aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah akan terus meningkat dengan pelbagai modus operandi baharu," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan dan lafaz ikrar bagi Januari 2022 Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Polis Persekutuan, Ayer Itam di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, kes jenayah komersial meningkat dengan mendadak sepanjang 2021 membabitkan kerugian RM537 juta.
Katanya, kes berkenaan meningkat sebanyak 225.4 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu membabitkan kerugian RM165 juta.
Kes jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 31 peratus apabila 2,900 kes dilaporkan berbanding nilai ambang 4,203 kes dengan diikuti jenayah kekerasan iaitu sebanyak 931 kes dilaporkan sejak Januari hingga Disember tahun lalu.




Pages: [1]
View full version: Kadar jenayah di Pulau Pinang turun tahun lalu


ADVERTISEMENT