Janji Nak Nikah Tapi Ajal Jemput Dulu, Pemuda Setia Ziarah Pusara Pasangan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/05/084640tniet3jjjjf542dj.jpegSumber: Tiktok Young Medina
Sering kali kita mendengar ungkapan ‘manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya’. Begitu juga dalam urusan jodoh. Sebaik mana pun perancangan kita, jika takdir yang tertulis bukan dengan pilihan hati maka tidak akan bersatu jua akhirnya.
“Lepas solat Jumaat, kawan ajak pergi satu tempat…Rupanya datang ziarah pusara GF dia”
Kisah sedih dikongsikan Young Medina di TikTok yang mendedahkan seorang sahabat amat setia dengan bekas teman wanitanya.
Pada suatu hari selepas menunaikan solat Jumaat, rakannya itu mengajak ke sebuah tempat. Dia menyangka ingin ke kedai makan, rupanya lelaki itu singgah ke pusara gadis yang dicintai selama ini.
“Rupanya jauh di sudut hati masih rindukan orang yang dia sayang…Dah janji nak kahwin, tak sangka ajal jemput dulu. Rasa sayang tu masih kuat”
7049203187168972059
Menurut pemilik video ini, pemuda itu cuba untuk berhibur dengan rakan-rakannya yang lain sejak beberapa hari lalu. Namun, siapa sangka jauh di sudut hatinya, dia masih merindui gadis kesayangannya. Pernah berjanji untuk menghalalkan hubungan, ternyata Tuhan lebih menyayangi teman wanitanya.
“Sebaknya tengok ni…Aku pun dah rasa. Kekasih aku pergi buat selamanya lepas hantar aku balik dari makan”
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berasa sedih membayangkan perasaan yang ditanggung pemuda berkenaan. Bukan itu sahaja, ternyata ramai juga antara mereka berkongsi pengalaman merasai perpisahan dengan insan istimewa disebabkan ajal.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/05/084755z9txx6xmn9t9o9x3.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/05/084755isqs009wgomgsg5d.png
Sumber: Tiktok Young Medina
Moga diberikan kekuatan pada mereka untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. - CARI moga roh GF dicucuri rahmat.. dan moga BF dpt jodoh yg baik2.. amin yra Llaki2 Mulayu Meleis sllu ingt llaki je yg setia, prmpuan pun bnyk yg stia lollll. Tak ada jodoh dia hanya mampu merancang tapi yang maha berkuasa yang menentukan lahh...memang la... tahan la sebulan dua ... aduhai...baru kehilangan memang la cam gini ... perkara biasa kuttt kannn.. mula2 mmgla shoib yg meroyan hari2 lepas arwah sarah meninggal punnn apa dah jadi sekarang?, kikiki shuib pun dulu masa awal2 kematian siti sarah meratib jugak rindu arwah, tak smpi setahun dah plan nak kawen lg Salam takziah
Pages:
[1]