kp5x Publish time 4-1-2022 05:55 PM

Istiqamah Berhijab Itu Sukar, Shasha Abdul Aziz Perlahan-Lahan Dilihat Tayang Rambut

Belum pun sampai 4 bulan sejak diberitakan mula berhijab, selebriti dan usahawan Sasha Abdul Aziz melalui hantaran-hantaran terkini di laman instagram miliknya mula kelihatan membuka tudungnya sedikit demi sedikit. Daripada memakai turban yang menampakkan anak rambut, terkini dia kelihatan hanya memakai skarf yang menampakkan bahagian depan rambutnya.

"slow slow boleh perbaiki semula cara menutup aurat, insyaAllah. Nak stiqomah memang susah sebab hati berbolak balik. take time and tengok balik masa u start decide untuk tutup aurat", itu antara komen netizen yang dapat dibaca sebelum laman instagramnya di'private'kan, mungkin untuk memadam komen-komen keterlaluan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/114336p6zplat9titnaeo9.jpgFoto : Instagram Shasha Abdul Aziz

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/114452pg8c4cy5588q141o.jpgFoto : Instagram Sasha Abdul Aziz


Sasha sebelum ini mengejutkan netizen apabila tiba-tiba sahaja mengenakan hijab kira-kira tiga bulan lepas namun tidak dapat memberikan jawapan untuk menjelaskan mengenai penghijrahannya itu.






"Yang Sha tahu, Allah sayang kita semua. Hidayah milik Allah. Keep on making doa, don't give up tau", katanya yang turut menerima ucapan tahniah daripada Ustaz Ebit Liew untuk penghijrahannya itu.


Sasha Abdul Aziz berkahwin dengan warga Korea dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan terkini jika dilihat melalui salah satu foto yang dikongsinya dan jawapan yang diberikan untuk komen yang mengatakan dia sedang berbadan dua, dia kelihatannya bakal menimang seorang lagi cahaya mata.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/28/115320c9wbj1017788wq0w.jpgFoto : Media Hiburan, Hijabista



They said i'm too sexy.
im too wild.


They said i don't have maruah,
i tak malu.


They said i will masuk neraka.
They said suami i masuk neraka.
they said kesian mak bapak ada anak camni.


they said this they said that.


Me, reciting quran almost everyday since september 8th.


I learned that 'Hanya Dia yang boleh masukkan kiter ke syurga ataupun neraka dan bukan manusia yang tentukan'


Being too sexy doesn't mean you are wild forever. -CARI







solarlunar Publish time 4-1-2022 06:53 PM

Warga Korea????

SpyLeman Publish time 4-1-2022 08:26 PM

Aku pun terjebak percaya dia berubah jadi muslimah sbb aku percaya hidayah tu milik Allah. Tapi bila dia jadi balik mcm ni, jgn salahkan hidayah. Sebenarnya dia blm bersedia sepenuhnya tapi stended laaa mesti nak jual agama demi sesuap nasik kannn...bisnes dia jual bengkung, jadi kena la jual agama dan maruah

Belibis Publish time 4-1-2022 10:31 PM

Pakai tudung sebab jual tudung?? Kalau jual spender,perlu ke berspender kulu kilir??

gideoncross Publish time 5-1-2022 02:09 AM

Brsedialah dgn komen2 polis aurat ummah Mulayu Meleis.

AKAZ85 Publish time 5-1-2022 06:17 AM

solarlunar: Warga Korea????

Haha.. Dia puas laa justify laki dia warga kanada sekali wartawan cari bagi kerakyatan korea terus..

AKAZ85 Publish time 5-1-2022 06:22 AM

Edited by AKAZ85 at 5-1-2022 06:24 AM

Dia ni orang paham je asal sebelum ni seksi nak mati tup2 berkelubung pulak dengan drastik.. Tapi orang ramai persoalkan masa baru 2 3 hari start berkelubung dah buat video penghijrahan laa, dapat hidayah beria2 menangis bagai tu.. Patut ko xperlu buat video meratap sayu tu sebab orang tau je MO founder2 ni kalau nak buat marketing mesti kena create 1 benda gempak.. Ini bercerita macam beria laaa nak berubahnye.. Last2 semua dah nak terbang balik dah

SedihPedih Publish time 5-1-2022 08:18 AM

iols dh pandang sinis bila dia baru beberapa hari pakai tudung dh buat content pasal hijrah dan hidayah milik Allah bagai... mcm dh boleh predict akan sebegini..tp time tu iols mcm malas nk tunjukkan hati hitam iols dgn harapan dia buktikan i salah..

ayukpingu Publish time 5-1-2022 08:30 AM

solarlunar replied at 4-1-2022 06:53 PM
Warga Korea????

bukan singaporean ke??

ayukpingu Publish time 5-1-2022 08:34 AM

SedihPedih replied at 5-1-2022 08:18 AM
iols dh pandang sinis bila dia baru beberapa hari pakai tudung dh buat content pasal hijrah dan hida ...

hati aku warna hitam sebab dari dulu aku tak caya tentang penghijrahan dia ni cara drastik ;P

lepas ni buat aksi sedih lagi minta simpati. rakyat malaysia kan cepat pemaaf :I

babelina Publish time 5-1-2022 09:47 AM

Edited by babelina at 5-1-2022 09:48 AM

maafkan aku.. masa mula2 tu pn aku mmg x caya sgt.. sbb aku rasa dia nk up kn bisnes dia.. btl pula jangkaan aku.. ala2 sudah la.. beriya btl.. dulu dia nie ex ank rj negeri banjir baru2 nie ye..

ketambangkang Publish time 5-1-2022 09:54 AM

apa yg aku perasan, ramai artis berhijrah selepas pemergian siti sarah

vanillaninja Publish time 5-1-2022 10:09 AM

ayukpingu replied at 5-1-2022 12:30 AM
bukan singaporean ke??

Bukan. Heols Canadian.

vanillaninja Publish time 5-1-2022 10:11 AM

Menjawab lah kau Sasha. Nak sangat drastic hari tu kan ;P

kakakgarang Publish time 5-1-2022 10:11 AM

dia pakai tudung sbb rambut da botak

ren14 Publish time 5-1-2022 10:29 AM

meksha meksha...kemain hari tu masa memula bertudung duk story pasal hijrah segala...sudahnya kelaut jugakkkkk

mizruncing Publish time 5-1-2022 10:51 AM

terkejut gak tiba2 dia bertudung. terus meols follow dia balik. rupanya marketing. btw dia freehair dulu pon cun gak laaa

Zaien Publish time 5-1-2022 10:54 AM

munafikkkk hahahaha

bettyboops Publish time 5-1-2022 11:11 AM

there you goes..

from beginning lagi orang percaya tak percaya dia ni berhijrah..

be yourself je lah dek Sha.. fanatik n pemuja you ramai.. semua idolize-kan you.. you pakai or tak pakai baju/tudung pon diorang tetap puji.. apa motip you bertudung sebenarnya? nak ramaikan follower bertudung? or sebab founder product competitor pon bertudung?

kelip2_07 Publish time 5-1-2022 12:36 PM

tu psl bl pkai tudung dok diam xyah nk jd setajah sgt
Pages: [1] 2
View full version: Istiqamah Berhijab Itu Sukar, Shasha Abdul Aziz Perlahan-Lahan Dilihat Tayang Rambut


ADVERTISEMENT