mattzzx Publish time 4-1-2022 03:14 PM

Budak 'sado' tidak lagi 'sado'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/3hmfn_1641247237.jpg
KEADAAN fizikal Richard ketika kanak-kanak (gambar kiri) berbanding pada masa sekarang (gambar kanan).

Los Angeles: Ketika berusia enam tahun dia pernah dilabelkan sebagai Little Hercules.

Richard Sandrak dilahirkan pada 1992 dan ketika kecil, dia mempunyai susuk tubuh sukar dipercayai dengan potongan dan otot seperti ahli bina badan dewasa.

Portal India Times melaporkan pada awal 2000-an, dia boleh mengangkat beban 82 kilogram (kg) atas mesin bangku standard.

Pada usia lapan tahun dia berjaya melakukan bench press (juak baring) dengan beban 95 kg hingga pencapaian itu menjadikannya gelaran 'budak terkuat dunia'.

Namun ketika berusia 21 tahun, dia kelihatan sama seperti lelaki dewasa lain.

Lebih ketara, pada usia 29 tahun, perut dan otot tidak lagi wujud dan dia kelihatan seperti orang biasa.

Menurut laporan, peratusan lemak badan Richard sangat rendah ketika dia masih kanak-kanak.

Ibu bapanya menerima banyak kritikan untuk perkara ini selepas dokumentari kanak-kanak disiarkan.

Si anak dikatakan pernah bersenam dengan bapanya selama enam atau tujuh jam sehari pada awal 2000-an.

Dia pernah melakukan 600 tekan tubi dan 300 cangkung, sehari.

Selain itu, dia mengikuti diet ketat yang tidak membenarkan makanan ringan atau gula-gula.

Pada masa itu, pakar mengatakan tidak mungkin kanak-kanak menghasilkan hormon testosteron mencukupi untuk berotot.

Mereka membayangkan fakta mungkin kanak-kanak itu diberi steroid.

Kini, Richard bekerja sebagai pelakon lagak ngeri di Hollywood.

"Tidak, saya tidak angkat berat sekarang kerana ia membosankan. Apapun, saya tetap bangga dengan masa lalu saya.

"Ia bukan sesuatu yang saya tidak mahu orang tahu, cuma saya tidak akan terjebak dengannya," katanya dalam satu temu bual.
Pages: [1]
View full version: Budak 'sado' tidak lagi 'sado'


ADVERTISEMENT