ipes2 Publish time 4-1-2022 01:59 AM

Manusia Tanpa Vaccine Pertama Yang Hidup Selepas Kena Rabies

Edited by ipes2 at 4-1-2022 02:06 AM

Semasa berumur 15 tahun, Jeanna Giese seorang remaja di Amerika, telah digigit oleh seekor kelawar kecil tetapi kerana gigitannya cuma sebesar pin-prick sahaja, dia hanya membuang kelawar itu ketepi. Dia memberitahu ibubapanya tentang kejadian ini. Sebulan selepas itu, Jeanna mula mengalami symptoms yang saya kira ialah Paralytic Rabies (sejenis lagi ialah Furious Rabies) dan bertarung nyawa selama 3 bulan di ICU.

Kes Jeanna ini sangat unik. Ini adalah kerana ianya satu-satunya kes dimana seseorang yang tidak menerima vaccine terhadap Rabies, telah berjaya sembuh dari penyakit yang dianggap 100% fatal ini. Dikatakan, Jeanna adalah bernasib baik kerana Rabiesnya adalah dari variant yang lebih perlahan progression nya (Paralytic Rabies), namun semua kes Rabies adalah fatal bilamana symptoms telah muncul. Pada mulanya, specialists tidak faham apa yang berlaku pada Jeanna, dan berusaha mencari apakah mungkin punca symptoms (pada masa itu, Jeanna sudah di intubated & ventilated), sehinggalah ibubapanya mneyebut Jeanna ada bercerita digigit seekor kelawar kecil digereja mereka sebulan sebelum itu. Supportive treatment yang diberi pada Jeanna telah berjaya menyelamatkan nyawanya.

Jika di gigit binatang pembawa Rabies maka binatang itu perlu ditangkap dan di euthanized, dan otaknya di check jika ada Rabies virus di situ. Jika ada, maka orang tadi perlu segera diberi vaccinenya (4 doses dalam 1 bulan), juga treatment yang lain eg Immunoglobulin. Agak pelik bahawa jika vaccine diberi sebelum symptoms berlaku, Rabies dapat di treat dengan efektif. Apabila symptoms sudah keluar, fatality adalah 100% setakat ini, biarpun dengan vaccine, kecuali di dalam kes Jeanna dalam tahun 2004 itu.

Oleh kerana Rabies adalah suatu Notifiable Disease di mana2 negara didunia (iaitu, jika terjadi, Hospital perlu report kepada Health Dept), maka statistics nya sangat kemas. Ia membunuh 55,000-59,000 manusia setiap tahun, dengan hanya Jeanna kekal sebagai manusia pertama yang hidup selepas symptoms nya keluar.

adila39 Publish time 4-1-2022 10:10 AM

in 2021 4 death cases recorded in Serawak - Hospital sibu. Antara kes digigit anjing.

ipes2 Publish time 5-1-2022 07:22 AM

adila39 replied at 4-1-2022 10:10 AM
in 2021 4 death cases recorded in Serawak - Hospital sibu. Antara kes digigit anjing.
Apabila seseorang itu kena Rabies especially Furious Rabies, akan terjadi Hydrophobia. Ini adalah spasm dalam oesophagus bila dia ingin / lihat / mula minum air; oesophageal spasm ini sangat painful dan juga incoordinated, menjadi orang itu sukar untuk menelan liquid. Setakat ini, 100% yang ada Hydrophobia mati kerana Furious Rabies.
SpWbj5ei3ec

ipes2 Publish time 6-1-2022 07:13 AM

adila39 replied at 4-1-2022 10:10 AM
in 2021 4 death cases recorded in Serawak - Hospital sibu. Antara kes digigit anjing.

di UK, kerana diketahui cara utk treat nya, kes Rabies hanya 1 je dalam kurun ke 20!
sebab depa tkde anjing liar kucing liar

shi_jewel Publish time 25-7-2022 10:35 AM

sebab tu la iol seram bila terjumpa dengan anjing2x liar...{:1_556:}

ipes2 Publish time 26-7-2022 02:20 AM

shi_jewel replied at 25-7-2022 10:35 AM
sebab tu la iol seram bila terjumpa dengan anjing2x liar...

ye, hati2 espcially di negara mcm negara kita dimana anjing liar tidak dimusnahkan dan dibiar berkeliaran.
Pages: [1]
View full version: Manusia Tanpa Vaccine Pertama Yang Hidup Selepas Kena Rabies


ADVERTISEMENT