chewan Publish time 26-8-2010 12:02 AM

Berita@MKST : Roket angkasa lepas buatan sendiri

Roket angkasa lepas buatan sendiri
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0825/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
SEORANG lelaki duduk dalam roket ciptaan dua pereka Denmark.


COPENHAGEN - Dua pereka Denmark mencipta roket buatan sendiri yang pertama di dunia dan direka untuk membawa manusia ke bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Roket setinggi sembilan meter tersebut yang menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api merupakan cetusan idea sebuah firma, Suborbitals di sini yang diketuai oleh pencipta Kristian von Bengtson dan Peter Madsen.

Pada 30 Ogos ini, roket itu yang dinamakan Pengangkut Atmosfera Ekso Hibrid (HEAT) akan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah kapal selam di Laut Baltik.

Sekiranya, ujian pelancaran itu berjaya, roket itu akan digunakan untuk membawa Madsen ke angkasa lepas dalam masa terdekat.
Roket itu dibina sejak 2004 tanpa peruntukan kerajaan tetapi ia menerima sumbangan dalam bentuk penajaan, derma dan penglibatan sukarelawan. - Agensi

dauswq Publish time 26-8-2010 01:12 AM

wrtwn ni tak perlu spesifik agama seseorg..

Roket setinggi sembilan meter tersebut yang menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api merupakan cetusan idea sebuah firma, Suborbitals di sini yang diketuai oleh pencipta Kristian von Bengtson dan Peter Madsen.

klu org islam, perlu ker bangga tulis islam..hehe

dauswq Publish time 26-8-2010 01:14 AM

Reply 1# chewan

roket buatan takut je tak lepas ke angkasa lepas
tetibe bocor ker kan:lol:
klu try kt ruang udara bumi bolehlah

chewan Publish time 26-8-2010 06:48 PM

Reply 2# dauswq


    aku setuju pendapat ko...nie la masalah manusia yg suka2 membeza2 kan antara satu sama lain..dia mungkin x sedar berapa byk faktor agama islam berkembang kerana bantuan/ciptaan org bukan islam...:curse:
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : Roket angkasa lepas buatan sendiri


ADVERTISEMENT