Dua Minggu Nikah Kena Bubar, Anak Tipu Kata Bapa Ghaib Lepas Nikah Guna Wali Hakim
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/03/113609jx694pxz6ba8bl8j.jpegSumber: Google Image
Ramai bakal pengantin yang merungut kerana memerlukan banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi melengkapkan borang nikah. Sudah tentu, keadaan bertambah rumit apabila ibu bapa bagi bakal pengantin pula sudah berpisah.
Lebih-lebih lagi tentang hal yang melibatkan wali nikah, orang yang paling utama sudah tentu ayah kepada bakal pengantin perempuan.
“Saya ayahnya…Saya nak tahu sama ada dia dah nikah ke belum”
Jika pengantin perempuan ketiadaan ayah, barulah taraf wali akan diturunkan kepada ahli keluarga yang layak seperti datuk dan juga adik beradik lelaki lain. Dalam satu kisah yang diceritakan di TikTok ToKadi hipster, seorang lelaki datang bertanya tentang maklumat status perkahwinan anak perempuannya.
7047881800793820443
“Eh dia minta wali hakim atas sebab wali ghaib…Ghaib apanya, saya duduk selang satu taman je”
Rupa-rupanya wanita itu telah berkahwin tanpa pengetahuan bapanya kira-kira dua minggu lalu. Difahamkan, pasangan itu menggunakan khidmat penjaga dengan alasan bapa mereka hilang. Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dan mendakwa tinggal berhampiran rumah bekas isterinya. Justeru, disarankan agar beliau tampil memohon pembubaran perkahwinan anak perempuannya.
“Alangkah bagus seorang bapa nak nikahkan anak perempuan mereka…Tapi sedih enggan diwakili”
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/03/113609n38qcq3377puumcq.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/03/113609i991i116b6w5l54z.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/03/113609gg49nk9umn4htr6k.png
Sumber: TikTok
Melangkah ke ruang komen, kebanyakan netizen sangat terkejut selepas membaca kisah tersebut. Pada masa yang sama, ramai yang meluahkan kekecewaan kerana tingkah laku pasangan tersebut seolah-olah memperlekehkan hal ehwal perkahwinan berkaitan agama Islam. -CARI
Macam tu ler nasib anak2 mangsa cerai sampai nak nikah pun tetap ada masaalah jangan plak nanti si bapak tu mintak duit sekian-sekian jumlah untuk setuju jadi wali anaknya tu pulak..seperti yang pernah kita baca dulu.. Mesti si anak tu dah lalui sesuatu yg sukar...sampai nafikan hak si ayah sbg wali
Ye lah...ko kan bapak...ko je lah yg betul kan Klu ddk sblh taman...ada g melawat x...klu x pegi..x pernah tau kewujudan, haruslah dikatakan ghaib.. kalau bapak tak pernah bagi nafkah tak dikira ghaib ke? Hukum tetap hukum..bpak x melawat ke x bgi nafkah ke bukan alasan utk nafikan hak bapa as wali dlm pernikahan...
cucuq replied at 5-1-2022 09:20 PM
Hukum tetap hukum..bpak x melawat ke x bgi nafkah ke bukan alasan utk nafikan hak bapa as wali dlm p ...
tak adil pula rasanya...patutnya bila bapa tu abaikan mana2 tanggungjawab, hak dia sebagai wali perlu digugurkan...biar bapak2 gila kuasa ni ada akal...
heshe makan apa tu? kuey teow bandung? kuey teow goreng basah? cam pendek sangat jah sudu garpu tu? eyansss replied at 6-1-2022 05:38 AM
tak adil pula rasanya...patutnya bila bapa tu abaikan mana2 tanggungjawab, hak dia sebagai wali...
Nk buat mcmana..dh hukum dri Allah mcm tu .msti Ade hikmah kan.walaupun zaman skarang ni byk bapa yg x brtanggungjawab kan teringat masa nak kawin dulu.Wife aku punya parent ni dah cerai.so nak kawin tu pi la jumpa nak mintak sign untuk borang nikah, untuk wakilkan wali ke imam.Skali tu die letak syarat nak sign die dia mintak RM500. Aku macam terkedu la tapi nak kawin punya pasal aku bayar je huhu.Yang kes kak ipar aku lagi teruk dia mintak RM2000 untuk sign borang tu...by the way parent in law aku bercerai sebab bapak mertua aku yg buat hal..kesian kat MIL aku harta ke tarah semua sampai kena declare muflis..alhamdulillah skang dah ok MIL aku cucuq replied at 5-1-2022 09:20 PM
Hukum tetap hukum..bpak x melawat ke x bgi nafkah ke bukan alasan utk nafikan hak bapa as wali dlm p ...
sah tak perkhawinan anak dia tu sblm bapak dia muncul? Ada kisah di sebalik insiden ini Mesti sejenis bapak tak guna ni:curse: epullipan replied at 7-1-2022 11:50 AM
teringat masa nak kawin dulu.Wife aku punya parent ni dah cerai.so nak kawin tu pi la jumpa nak mint ...
ko boleh report pej agama hal2 camnie....pej agama boleh buatkan keputusan....syarat jadi wali tuh pun ada sehhh...antaranya adil....dh mintak duit kalu, tuh tak adil la....dh bley mohon wali hakim
cucuq replied at 5-1-2022 09:20 PM
Hukum tetap hukum..bpak x melawat ke x bgi nafkah ke bukan alasan utk nafikan hak bapa as wali dlm p ...
mmg ler hukum tp ko kena tau gak syarat wali nikah tuh pung ada....bukan asal ber bin or binti nama dia automatik blh jadik wali.....pak yg dlm ihram pung tak bley jadik wali ..
Betul,macam mana syarat sah nikah,ada juga syarat sah wali.
1. Baligh
2. Merdeka
3. Berakal
4. Lelaki
5. Adil
6. Tidak fasik
7. Tidak dalam ihram haji atau umrah
Ni je kot...Kalau ada lagi tambah ye.
adalah tu kisah disebaliknya. cucuq replied at 5-1-2022 09:20 PM
Hukum tetap hukum..bpak x melawat ke x bgi nafkah ke bukan alasan utk nafikan hak bapa as wali dlm p ...
Kalau ikut syarat nak jadi wali kene adil. Tak penah bagi nafkah tu adil ke?bapak tak guna mcm ni patutnye sedar diri, masa anak die memerlukan die tak penah ada,time kawen tetiba terhegeh2 munculkan diri epullipan replied at 7-1-2022 11:50 AM
teringat masa nak kawin dulu.Wife aku punya parent ni dah cerai.so nak kawin tu pi la jumpa nak mint ...
Adik lelaki arwah ayah aku pun mcm ni. Aku tak rapat pun ngan dia since arwah ayah aku ada lagi sebab adik arwah ayah aku tu mcm tamak duit skit, tp penah dgr gak org sampaikan kt aku,kalau aku nikah nanti dia nk mintak rm5k.kepala hotak dia la
Pages:
[1]
2