stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:33 PM

Bapa saudara makan harta anak yatim piatu... antara benar atau mitos, kisah ban pecah sawah padi bertukar lautan penuh tragis!

Bapa saudara makan harta anak yatim piatu... antara benar atau mitos, kisah ban pecah sawah padi bertukar lautan penuh tragis!

Khamis, 09 Disember 2021 9:30 AM

TERLETAK di Tanjung Piandang, daerah Kerian di Perak, Ban Pecah merupakan antara destinasi popular untuk kaki pancing dan lokasi menarik untuk jurugambar perkahwinan kerana pemandangan lautnya yang cantik terutama pada waktu matahari terbenam.

Nama "Ban Pecah" dikaitkan dengan tragedi di mana "ban" atau kubu yang memisahkan laut dengan kawasan berpenduduk padat itu musnah.

Tiada makna khusus dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka atau kamus Bahasa Melayu, tetapi istilah "ban" dalam dialek negeri di utara ialah sempadan yang memisahkan sawah.

Tahukah anda tempat yang menjadi pilihan keluarga untuk berehat pada hujung minggu ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.



stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:34 PM

Sawah padi bertukar laut

Pantai unik ini menerima ramai pelancong hampir setiap hari. Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut merupakan kawasan penanaman padi yang subur sekitar tahun 1960-an.

Menurut penduduk setempat, sumpahan anak-anak yatim teraniaya menyebabkan sawah yang subur itu bertukar menjadi laut sepenuhnya.

Kisah ini tidak pernah dilupakan oleh penduduk kawasan dan daerah berhampiran seperti Bandar Baharu, Kedah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Menurut laman Orang Perak seorang penduduk Kampung Sungai Baharu ketika itu, Masjuri Anang berusia 84 tahun menulis di Tanjung Piandang kejadian itu menimpa dua beradik kaya kerana memiliki tanah bernilai tinggi.

Bekas imam di kampung itu meyakinkan bahawa kisah ini bukan mitos, malahan ia menjadi topik perbincangan penduduk kampung ketika itu. Namun, lama kelamaan, cerita itu semakin tidak dibicarakan lagi lalu lenyap sedikit demi sedikit.

“Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah ‘lautan sawah’ padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

“Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik,” ujar Masjuri.

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:34 PM

Sumpahan anak yatim teraniamya

Bagi menyara kelangsungan hidup, anak yatim yang tidak tahu pada mulanya tentang peninggalan harta itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya, kata-kata masyarakat setempat ketika itu menyedarkan anak yatim berkenaan bahawa bapa saudara sendiri telah mengkhianati amanah bapa mereka.

“Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar. Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, ‘Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya’. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.”

“Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas. Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang,” ujarnya.

“Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai." ujar seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 74.

Pada masa sama, pemilik gerai berusia 48 tahun, Hassan Mohamad mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah laut ketika air surut.

"Saya masih dapat melihat pintu air di tengah laut dari jauh, kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai. Pintu air itu jelas membuktikan bahawa laut dahulunya adalah ban sekarang," katanya.

Ishak Cik, 64, merupakan seorang penduduk yang bermain di kawasan Ban Pecah ketika remaja, namun pandangannya berbeza. Beliau berhujah bahawa kejadian itu adalah fenomena semula jadi yang disebabkan oleh hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku pada awal 1960-an.

Sejauh mana kebenaran kisah ini bergantung kepada kepercayaan anda kerana kedengaran tidak masuk akal tetapi pengajaran boleh diambil adalah jangan diambil harta anak yatim kelak buruk padahnya.

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:35 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2021%2F12%2F09%2F1397876.jpg
Sejarah sumpahan berlaku adalah suatu perkara yang tidak ramai tahu dan kisah anak yatim telah dikhianati oleh bapa saudara sendiri disebabkan harta.

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:36 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/12/09/1397875.jpg
“Sumpahan Ban Pecah” berkait antara unsur sejarah dan mitos malahan ia turut menimbulkan tanda tanya.

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:37 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/12/09/1397871.jpg
Bapa saudara kepada dua anak yatim tersebut diamanahkan menjaga harta peninggalan arwah bapa mereka .

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:37 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/12/09/1397874.jpg
Akhirnya satu kejadian telah berlaku, sumpahan diungkap oleh anak-anak yatim tersebut kepada bapa saudara mereka.

stingerprincess Publish time 2-1-2022 04:38 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/12/09/1397879.jpg
Kisah di sebalik nama “Ban Pecah” dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

ketupatnasi Publish time 3-1-2022 04:00 PM

terhibur pulak membacanya.
TT...chuols macam kolumnis VARIASARI..majalah mistik masa acik kekecik dulu.

epullipan Publish time 4-1-2022 12:53 PM

dari aritu aku x paham ban tu apa,upenya loghat meaning sempadan

copy_paste Publish time 4-1-2022 04:05 PM

betul la kawasan tu dulu sawah yg terbentang luas,sikit2 terhakis tahun demi tahun,
yg cite sal makan harta anak yatim tu xtau la mitos ke bukan sbb kisah lama tu,anak2 yatim tu pun dah berkeluarga...

copy_paste Publish time 4-1-2022 04:13 PM

stingerprincess replied at 2-1-2022 04:36 PM
“Sumpahan Ban Pecah” berkait antara unsur sejarah dan mitos malahan ia turut menimbulkan tanda ta ...

rindunye lama x balik kampung,
dulu masa kanak2 selalu g naik basikal je ke ban pecah,dulu luas skit la dari skrg,ade pasir pantai,skrg xde dah semua letak batu2 besar

Matpon Publish time 5-1-2022 12:48 AM

copy_paste replied at 4-1-2022 04:13 PM
rindunye lama x balik kampung,
dulu masa kanak2 selalu g naik basikal je ke ban pecah,dulu luas sk ...

skg masih ada pantai pasir..tapi sedikit sahaja area dia.

copy_paste Publish time 5-1-2022 07:35 AM

Matpon replied at 5-1-2022 12:48 AM
skg masih ada pantai pasir..tapi sedikit sahaja area dia.

hang kampung kat sana ka,

Zaien Publish time 7-1-2022 11:43 AM

wah cantik plak ye gmbr full dari ats tu..
baca penulisan mcm bc mastika/variasi zman dulu2...

TravellingBear Publish time 18-1-2022 08:41 PM

pasal sumpahan anak yatim tu kebetulan aje kot… tapi geran tu masih disimpan pewaris dulu2. skrg tak sure masih ada lagi atau dah reput

TravellingBear Publish time 18-1-2022 08:42 PM

dengo kabo KL pun akan tenggelam in future. Bila tu tak tahu

AraBellaJuan87 Publish time 19-1-2022 10:29 AM

TravellingBear replied at 18-1-2022 08:42 PM
dengo kabo KL pun akan tenggelam in future. Bila tu tak tahu

Ada baca gak. Saintis predict sbb bongkah ais kt kutub utara ke selatan mencair dengan sangat laju~

TravellingBear Publish time 19-1-2022 04:03 PM

kejadian hulu langat tu… rumah ebby yus… tinggal 1/4 aje bahagian tanah. selainnya dah terhakis dibawa arus … cerita ban pecah ni mmg femes.. bagus utk bagi pengajaran macam tanah kubur. Tapi aku tak minat sbb macam nak set mind bencana alam sbb buat jahat. Yg nampak bagus mewah kat dunia seolah2 suci murni . No such thing lah!

Tiram Publish time 7-2-2022 09:12 PM

Baru2 ni sy pergi ke suatu pantai yang sgt cantik dlm youtube & instagram... boleh type #kekunangtering / Kekunang Tering (video) ... tetapi bila sampai je Nenasi (nama tempat tu), pantai/chalet yg cantik tu dah musnah ditelan ombak.. sedih tak sempat menikmati keindahan alam:( ... laut dah “makan” sebahagian pantai/chalet
Pages: [1]
View full version: Bapa saudara makan harta anak yatim piatu... antara benar atau mitos, kisah ban pecah sawah padi bertukar lautan penuh tragis!


ADVERTISEMENT