limesherbet Publish time 2-1-2022 12:15 PM

Hotel berhantu di Genting (2019)

Edited by Rockafella at 18-3-2022 11:19 PM


Part 1 (Ogos 2019)

(Permulaan gangguan, tahap gangguan mild berbanding gangguan seterusnya, berlaku within 15 minit setelah masuk bilik)

Kali ni pergi Genting pilih untuk bermalam di hotel ni sebab kedudukannya yang tinggi dari aras laut berbanding lain. Selama ni hanya dengar orang cerita pengalaman misteri di Genting. Pergi tanpa fikir yang sendiri akan mengalaminya. Hotelnya so so je pada i. Bilik pun biasa je. Buffet breakfast with a view nya best daripada bilik. The only nice thing about the room, viewnya.

Harga masa tu RM380 semalam. Hotel ni bertentangan dengan hotel yang paling puaka di Genting. Kalau bilik tak menghadap hill view memang akan nampaklah hotel puaka dan buruk itu (Tapi sekarang dah cat ye. Last week sis pergi Genting day trip. Bila entah mereka cat. Jadi tak nampak seram dah lah hotel puaka tu).

Back to the story...
Kami pun sampailah di hotel dengan riang rianya. Ramai orang tengah check in, agaknya sebab hotel baru (Baru ke refurbished je? Tak ingat dah). Untuk pergi ke bilik kami agak leceh, kena naik lift, lepas tu cross bridge untuk pergi ke wing bertentangan. Selepas tu naik lift lagi di wing ni untuk ke bilik kami. Agak sunyi juga terasa di wing walaupun nampak orang. Gardennya di bridge sangat welcoming dan cantik.

Masa naik lift pertama, ada lagi satu couple hub wife selain kami. Dalam lift kami semua pun senyap kecuali husband. Selain dia yang bunyi hanyalah lift bila buka tutup dan bunyi 'ting' bila sampai ke floor yang ditujui.

Sampai je bilik di wing lagi satu yang hillview, bilik di tingkat XX. I buka baca bismillah bagi salam. Benda pertama yang kami buat adalah buka sliding door tengok view. Wow cantik bangets. Nampaklah kabus berkepuk-kepuk menutupi bukit dan kabus sangat banyak sampai masuk balcony. Yang bunyi hanyalah angin wooooo weuuuu... Sejuk... aman damai... tapi ada air of sadness.

Selepas tu kami terjun atas katil, dua-dua duduk mengadap TV. Saya capai remote bukak TV. Volume set ke 20 lebih. Memang macam tu pun di rumah, dah biasa bila bukak TV, set volume dulu takut terkuat. Kami sembang, gelak-gelak, sembang nak buat apa nanti, pukul berapa keluar, komen pasal hotel dan sebagainya. Suami tak focus kat TV, dia focus sembang, tengok I, tengok HP dia. Masa kami tengah bergelak ketawa (suami busy tengok hp dia)...

TIBA-TIBA..
-----------

Nak share kisah diganggu di hotel ni di Genting. Boleh ke? Berlaku hujung tahun 2019. sebelum zaman covid melanda. Jap ya, to be continued soon.

libra_gurlz Publish time 3-1-2022 02:12 PM

boleh2.. setia menanti...

trexxxxxi Publish time 3-1-2022 03:53 PM

TT @limesherbet mohon edit tajuk

Jangan letak nama hotel di title, kena saman nanti aiyokk :funk:

juliesha Publish time 3-1-2022 08:54 PM

Mana citer dia ni..???

Tinot7 Publish time 4-1-2022 12:28 AM

tt mana? iols nak tau gak sbb ingatkan nak jjcm sana...

soulnazri Publish time 4-1-2022 11:28 AM

pernah stay di hotel ni sebelum covid juga. breakfast n pool dia ok la. view pun cantik sbb atas bukit mcm tu. tak pernah lg dpt pengalaman eerie. skrg post covid harga dia boleh tahan juga per night. dulu boleh dapat rm200 ke bawah :sweat3:

iznanaziz Publish time 4-1-2022 04:13 PM

mana TT ni?

copy_paste Publish time 4-1-2022 04:13 PM

TT tengah mengarang

bukannasigoreng Publish time 5-1-2022 10:08 AM

kumenungguuuuuuu

mizruncing Publish time 5-1-2022 11:02 AM

meols penah stay sini. okay laa pool dia best. tp scary gak dekat ngan kondo tetttt tu. pas tu bilik meols jauh sikit dari lobi. mcm ke blok2 lain. boleh tahan gak menapak dengan anak kecik

makton Publish time 5-1-2022 11:12 AM

dari 2 jan sampai ke 5 jan masih tak nampak byg cerita.

edoraixora Publish time 6-1-2022 02:44 PM

tt, where u??

cmf_PariS Publish time 6-1-2022 04:32 PM

hotel apa ek aku pueh cuba meneka.. selain amber court hahahaa

chilly Publish time 7-1-2022 04:42 AM

Aah memang seram dik crite ko ni. Misteri nusantara sangat. Ada tajuk jer ehhh tetibe kopon ghaib. Crite takdak apa takdak.

ayana89 Publish time 7-1-2022 11:34 AM

chilly replied at 7-1-2022 04:42 AM
Aah memang seram dik crite ko ni. Misteri nusantara sangat. Ada tajuk jer ehhh tetibe kopon ghaib. ...

kannn puas tggu.
seram betol

dekmieDandy Publish time 7-1-2022 12:45 PM

hehehe, awal-awal siap dulu, zaman 2019 jugak abang aku (imam) pernah kena jemput dengan pengurusan sana untuk bacaan yasin

sebab staff diorang dah tak tahan dari pagi sampai malam kena kacau :mad:

kitoang pun satu family stay sana, alhamdulillah takda apa

tak tahu la dah okay ke belum...

pstt: breakfast spread diorang time tu sedap, sekarang tak tahu camne

saviour_09 Publish time 7-1-2022 04:36 PM

hilang dh tt kena sorok hantu kopek :lol:

limesherbet Publish time 8-1-2022 06:01 PM

sorry sangat malam ni i sambung....busy sangat berapa hari ni:sweat3::lol:

limesherbet Publish time 8-1-2022 06:02 PM

trexxxxxi replied at 3-1-2022 03:53 PM
TT @limesherbet mohon edit tajuk

Jangan letak nama hotel di title, kena saman nanti aiyokk...

alamak ok ok tq sorry

nuryakmal Publish time 9-1-2022 08:31 AM

Mana citernya nyah?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Hotel berhantu di Genting (2019)


ADVERTISEMENT