mattzzx Publish time 1-1-2022 01:08 PM

Tesla menarik balik hampir 500,000 kereta

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tess_1640923208.jpg
Gambar hiasan. - Foto AFP

NEW YORK: Tesla memanggil semula hampir 500,000 kenderaan elektrik berikutan masalah ruang penyimpanan yang meningkatkan risiko kemalangan, menurut pengawal selia keselamatan kenderaan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat kereta elektrik Elon Musk itu sudah dua kali menarik baik kenderaan buatannya secara berasingan untuk menangani isu kegagalan kamera pandang belakang yang menyebabkan bonet depan terbuka tanpa dijangka.

Syarikat itu memaklumkan kepada pemilik akan membetulkan masalah itu secara percuma.

Pengawal selia memaklumkan perkara itu kepada Tesla pada 21 Disember lalu manakala Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) secara rasmi mengakui isu itu Rabu lalu.

Penarikan balik yang lebih besar menjejaskan lebih daripada 355,000 kenderaan Model 3 yang mana pembukaan dan penutupan ruang bagasi berulang kali boleh merosakkan kabel menyambungkan kamera pandang belakang.

"Ketiadaan paparan kamera pandang belakang mungkin menjejaskan pandangan belakang pemandu dan meningkatkan risiko perlanggaran," menurut laporan penarikan semula keselamatan NHTSA itu.

Tesla menganggarkan bahawa hanya satu peratus daripada kenderaan Model 3 yang ditarik balik mengalami masalah itu dan syarikat terbabit tidak mengetahui sebarang kemalangan atau kecederaan akibatnya setakat ini, kata NHTSA.

Penarikan balik kereta itu membabitkan hampir 120,000 kenderaan Model S yang mengalami masalah dengan pemasangan selak untuk bonet penyimpanan hadapan.

Dianggarkan 14 peratus daripada kenderaan yang ditarik balik mengalami masalah itu.

"Jika selak utama dilepaskan secara tidak sengaja dan selak kedua tidak terpasang, bonet boleh terbuka tanpa amaran dan menghalang penglihatan pemandu, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan," kata NHTSA.

Tesla memaklumkan tiada kemalangan atau kecederaan akibat masalah itu berlaku setakat ini, menurut laporan sama.

Syarikat itu dijangka menghantar surat kepada pemilik pada 18 Februari dan akan memulangkan wang kepada mereka yang membayar sendiri kos pembaikan bagi menyelesaikan isu itu. - AFP

musangbodoh Publish time 1-1-2022 02:32 PM

terbaik tesla...nk beli x mampu;P

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:40 PM

but they do produce a great car
Pages: [1]
View full version: Tesla menarik balik hampir 500,000 kereta


ADVERTISEMENT