mattzzx Publish time 1-1-2022 12:57 PM

473 saman terhadap peserta konvoi motosikal ke Langkawi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/311221hamzah1_1640930450.jpg
OPERASI polis memeriksa konvoi motosikal sejurus tiba di Dermaga Tanjung Lembung. FOTO ihsan Polis

Langkawi: Sejumlah 473 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas penunggang motosikal yang berkonvoi memasuki pulau peranginan ini melalui Dermaga Tanjung Lembung, di sini, petang semalam dan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, keseluruhannya 1,200 motosikal diperiksa pihaknya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi itu.

"Mereka tiba melalui tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung, Langkawi iaitu pada 5 petang, diikuti jam 9 dan 11 malam tadi.

"Hasil pemeriksaan, 473 motosikal disaman PDRM membabitkan 606 pelbagai kesalahan trafik dengan majoriti tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shariman berkata, pada operasi sama, JPJ turut mengeluarkan 104 notis atas pelbagai kesalahan dan menyita sebuah motosikal.

Beliau berkata, penunggang terbabit dilaporkan datang dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

"Sebuah motosikal bukan sahaja tiada nombor pendaftaran, malah digantikan dengan tulisan 'Langkawi Attack #JB_MARI'.

"Semua penunggang diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sepanjang berada di pulau ini," katanya.

Sejak awal malam tadi, tular beberapa klip video memaparkan keterujaan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi dipercayai untuk menyambut tahun baharu di pulau ini.

Bagaimanapun, keseronokan mereka terbantut selepas terpaksa menjalani pemeriksaan polis trafik sejurus tiba di Dermaga Tanjung Lembung di sini.

musangbodoh Publish time 1-1-2022 03:45 PM

polis ambil kesempatan atas kesempitan..

kes konvoi mustang snyap ja...no plet fancy mcm2 jenis( penyebab kemalangan ni tau)...:curse:
Pages: [1]
View full version: 473 saman terhadap peserta konvoi motosikal ke Langkawi


ADVERTISEMENT