mattzzx Publish time 30-12-2021 02:50 PM

Balkoni paling seram

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/9hmdul1_1639087236.jpg
BALKONI rumah Etanís González yang dihiasi kepala anak patung. FOTO AGENSI

Caracas: Balkoni sebuah bangunan dua tingkat terletak di tengah ibu negara Venezuela ini hanya mengundang ketakutan orang ramai terutama pada waktu malam.

Ini kerana balkoni besarnya sengaja dihiaskan dengan ratusan kepala anak patung pelbagai bentuk, yang menarik perhatian orang ramai dan pelancong.

Terletak di tengah Avenida Este 12, antara Fuerzas Armadas dan Sur 5, tempat itu juga dikenali sudut El Muerto.

Cerita rakyat atau legenda mengenai balkoni menyeramkan itu tersebar di seluruh Caracas sejak bertahun, tetapi hakikatnya tiada apa yang menakutkan.

Menurut RT yang dilapor Oddity Central, balkoni itu ciptaan artis tempatan, Etanís González yang merupakan pemilik rumah dan sudah menukarkan sebahagian daripada bangunan itu menjadi muzium.

Balkoni itu adalah salah satu daripada karyanya yang terdapat di situ.

Menurut anak González, Jonathan balkoni seram itu ilham daripada hubungan terbina antara keluarganya dengan pemandu, Jesús Poleo yang mempunyai lori yang berhias dengan anak patung.

Bapanya mengambil masa tiga tahun menyiapkan karya itu memandangkan dia perlu melekatkan setiap kepala anak patung satu persatu dengan cermat.

Awalnya, balkoni anak patung itu menjadi kontroversi di kejiranan berkenaan dengan ada antara jiran González mengutip tandatangan untuk mendesak keluarga itu menurunkan anak patung terbabit.

Ada yang menganggapnya sebagai simbol syaitan selain menyerupai bayi sebenar, tetapi mereka akhirnya menerima balkoni itu sebagai satu mercu tanda tempatan selepas keadaan reda.

Hatida Publish time 3-1-2022 10:51 AM

ishh serammm.... {:biteo

Tinot7 Publish time 3-1-2022 11:03 PM

dihiaskan dgn kepala anak patung jahh ka? badannya mana?
Pages: [1]
View full version: Balkoni paling seram


ADVERTISEMENT