mattzzx Publish time 30-12-2021 02:49 PM

Wajah Firaun Amenhotep I

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mumia29hm_1640834590.jpg
IMEJ kepala Firaun Amenhotep I. FOTO AFP

Kaherah: Kerajaan Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak ia ditemukan pada 1881, tanpa mengganggu topeng yang melindunginya.

Dibantu imej tiga dimensi (3D) digital yang canggih, penyelidik menemui teknik mumifikasi baharu yang digunakan untuk firaun yang memerintah sejak tahun 1,500 sebelum Masihi itu.

Penyelidikan itu diketuai oleh Sahar Saleem, profesor radiologi di Universiti Kaherah, dan pakar Mesir terkenal Zahi Hawass yang juga mantan Menteri Antikuiti.

"Saleem dan Hawass menggunakan teknologi sinar-X termaju, pengimbasan CT (ujian imbasan tomografi berkomputer), serta program perisian komputer termaju untuk 'membuka' bungkusan mumia Amenhotep I secara digital dalam kaedah bukan invasif yang selamat tanpa perlu menyentuh mumia.

"Kajian Mesir mendedahkan buat pertama kali wajah Raja Amenhotep I, umurnya, keadaan kesihatan di samping banyak rahsia mumia unik dan pengebumian semula mumia," kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti dalam satu kenyataan media.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mumia2hm29_1640834717.jpg
IMEJ kepala Firaun Amenhotep I yang diperoleh menerusi imbas CT. FOTO AFP

Analisis menunjukkan Amenhotep I adalah firaun pertama yang dimumiakan dengan tangan bersilang dan yang terakhir dengan cara tidak mengeluarkan otak dari tengkorak.

Imbas CT dijalankan mendapati firaun yang menjalankan beberapa kempen ketenteraan semasa pemerintahannya selama 21 tahun itu dipercayai meninggal dunia pada usia 35 tahun kerana kecederaan atau sakit.

Mumianya ditemui di Luxor, selatan Mesir, adalah satu-satunya dengan ikatan ketat yang tidak dibuka oleh ahli arkeologi, untuk memelihara topeng dan kalungan bunga yang mengelilinginya seperti rambut.

kucingitam Publish time 30-12-2021 04:01 PM

wow..hopefully drg boleh develop imej sebenar dia mcm nefertiti atau tut
Pages: [1]
View full version: Wajah Firaun Amenhotep I


ADVERTISEMENT