sfhzuraz Publish time 29-12-2021 01:44 PM

3 hospital medan ATM terakhir ditutup hari ini

3 hospital medan ATM terakhir ditutup hari ini

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 29, 2021 @ 1:29pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/ttup_1640755745.jpg
Muhamad Huzaini (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Dr Gim Sian pada Majlis Simbolik Penutupan Hospital Medan ATM Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang di Georgetown, hari ini. - NSTP/ Mikail Ong


GEORGETOWN: Tiga hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pulau Pinang dan Johor menjadi yang terakhir ditutup, hari ini, susulan penurunan kes COVID-19.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan semua 10 hospital medan ATM yang dibuka di beberapa negeri bagi merawat pesakit COVID-19, kini sudah ditamatkan operasi.
Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri, berkata dua hospital medan di Pulau Pinang yang terakhir ditutup ialah Hospital Medan ATM Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas.
Katanya, Hospital Medan ATM Kepala Batas beroperasi selama 216 hari selepas dibina pada 28 Mei, manakala Hospital Medan ATM HPP yang dibuka pada 24 September lalu beroperasi selama 97 hari.
"Terdapat tiga hospital medan ATM di Malaysia yang terakhir ditutup, hari ini, iaitu dua di Pulau Pinang dan sebuah di Johor.
"Ia susulan penurunan kes yang ketara hasil kejayaan dan keberkesanan langkah mitigasi serta program vaksin dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Simbolik Penutupan Hospital Medan ATM Pulau Pinang di HPP, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian.
Pada masa sama, Muhammad Huzaimi berkata, ATM bersedia membina semula hospital medan di negeri ini sekiranya perlu, susulan kes jangkitan baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron.
"Jika diarahkan pihak atasan bagi membina (hospital medan), kita sudah bersedia. Setakat ini, belum ada arahan, tetapi kita akan bergerak sekiranya diperlukan," katanya.




Pages: [1]
View full version: 3 hospital medan ATM terakhir ditutup hari ini


ADVERTISEMENT