mattzzx Publish time 27-12-2021 03:35 PM

Usia 22 tahun, muka 8 tahun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25hmrae_1640559653.jpg
Shauna Rae

Philadelphia: Usianya 22 tahun namun fizikal dan wajah wanita Amerika Syarikat (AS) ini seakan kanak-kanak lapan tahun.

Shauna Rae yang dilahirkan di Pittsburgh, Pennsylvania menghidap kanser otak sejak berusia enam bulan dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyelamatkan nyawanya.

Namun, kesan rawatan itu menjejaskan kelenjar pituitari hingga mengakibatkan perkembangannya terbantut.

"Jika tengok saya, kamu mesti fikir saya kanak-kanak perempuan normal yang seronok buat macam-macam bersama keluarga.

"Namun, realitinya saya bukan kanak-kanak. Saya wanita berusia 22 tahun yang 'terperangkap' dalam badan macam berusia lapan tahun.

"Walaupun fizikal saya tak boleh membesar, saya mahu dilayan seperti orang dewasa.

"Saya sedang belajar berdikari," katanya yang juga bintang dokumentari TLC, I Am Shauna Rae.

Program itu ditayangkan pertama kali pada 11 Januari lalu yang menunjukkan realiti kehidupan dan kesukaran dialaminya dalam fasa hidup seperti dewasa.

Disebabkan keadaannya, wanita itu sukar melakukan banyak perkara termasuk minum di bar, mencacah tatu dan berjanji temu dengan lelaki.

Akuinya semua perkara itu lebih mencabar daripada yang dibayangkan sesetengah orang.

Noraniza_Iblis Publish time 27-12-2021 03:52 PM

tkde cm 8 tahun pun..
nmpk jgk laa dh remaja..
melampau betul reporter pun... kot yer pun..
15 tahun ke.. masuk akal la skit..
ni 8 tahun.. korok mu

copy_paste Publish time 28-12-2021 03:09 PM

lelaki pedo mesti suka ni,
Pages: [1]
View full version: Usia 22 tahun, muka 8 tahun


ADVERTISEMENT