sfhzuraz Publish time 27-12-2021 02:30 PM

Tambang feri untuk kenderaan dua roda dikurangkan 50 peratus

Tambang feri untuk kenderaan dua roda dikurangkan 50 peratus
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 27 Disember 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/27/1356926.jpg
Semua penumpang motosikal dan basikal akan menikmati pengurangan tambang 50 peratus selama enam bulan.



GEORGETOWN - Seramai 300,000 pengguna feri ikonik membabitkan penumpang kenderaan dua roda akan menikmati pengurangan tambang sebanyak 50 peratus selama enam bulan bermula 1 Januari ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya membiayai 50 peratus melibatkan peruntukan RM58,333 sebulan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.


Menurut beliau, manfaat peruntukan sebanyak RM350,000 turut akan dinikmati bukan warganegara


"Tambang untuk motosikal adalah RM2 dan akan dikurangkan menjadi RM1 manakala basikal daripada RM1.20 kepada RM0.60 sahaja," katanya.


Dalam perkembangan berasingan, Teik Cheng berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukkan sebanyak RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selepas mengambil alih perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang untuk pembelian lima buah feri baharu.


Katanya, sebanyak RM15 juta diserahkan pada tahun ini manakala bakinya akan diserahkan pada tahun hadapan.


"Kesemua feri baharu berkenaan akan menggantikan dua buah feri yang beroperasi pada waktu ini. Feri ikonik yang lama akan diserahkan kepada syarikat yang dipilih melalui tender terbuka untuk dijadikan restoran terapung dan muzium.


"Dalam pada itu, sebarang kerja menaiktaraf terminal dan harga feri akan ditanggung oleh PPSB sekiranya kos melebihi RM30 juta," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/27/1356925.jpg
Teik Cheng (dua dari kiri) menunjukkan poster 50 peratus menandakan pengurangan tambang feri ikonik bermula 1 Januari ini.


Pada 15 Disember tahun lalu, Teik Cheng mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari tahun ini manakala feri sedia ada hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.


Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.


Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh PPSB daripada Prasarana Malaysia Berhad yang menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.


Untuk sementara, perkhidmatan bagi penumpang akan menggunakan feri laju manakala untuk motosikal serta basikal menggunakan feri sedia ada.


Bermula 1 Januari tahun ini hingga Jun 2022, penggunaan feri laju dan feri sedia ada adalah langkah interim sebelum empat katamaran yang akan dijadikan teksi air dan 'vehicle transporter' digunakan.


Bagaimanapun, Teik Cheng berkata, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri sedia ada di Tanjung City Marinadan akan diubahsuai sebagai restoran dan muzium terapung.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/180063/EDISI/Tambang-feri-untuk-kenderaan-dua-roda-dikurangkan-50-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

alzan Publish time 27-12-2021 03:52 PM

bercukurlah kepada mereka yg dok ulang alik ke pulau
Pages: [1]
View full version: Tambang feri untuk kenderaan dua roda dikurangkan 50 peratus


ADVERTISEMENT