Lagubestbest Publish time 27-12-2021 01:04 PM

Tiada Lagi "Offshore Gaji Tinggi Risiko Pun Tinggi", Petronas Guna Robot ANYmal 2022

Edited by Lagubestbest at 27-12-2021 06:26 PM



Petronas dah berjaya jalankan sesi percubaan robot empat kaki ANYmal C oleh ANYbotics di platform offshore Dulang B.

https://www.petronas.com/flow/sites/flow/files/assets/2021-04/Anymal-01%20%281%29.png

Motivasi Petronas guna ANYmal:
1. kurangkan risiko HSE (health, safety..) dengan kurangkan pekerja offshore.
2. kurangkan OPEX (operation expend..) dengan kurangkan perbelanjaan logistik.
3. lancarkan lagi tugasan dengan "data tagging" dan "pemeriksaan automatik".

Walaupun kos satu robot ni USD150K, lebih kurang beri biasiswa 4 tahun untuk satu pelajar cemerlang buat degree oil & gas di Australia, Robot ANYmal ni ada kelebihan tersendiri khususnya untuk kerja offshore. Kita boleh pasang add-on LiDAR untuk mapping platform dan pelbagai sensor (eg: heat sensor) dan sebalik tabir engineer boleh tag (pada skrin komputer) mana-mana point/ tempat yang penting/ berisiko/ perlu dikesan jadi robot ni sekali round je dia boleh pantau semua tak kira siang malam/ lantai basah licin/ cuaca teruk ke apa. Tambahan lagi robot ANYmal ini ada sijil kalis letupan (IECEx Zon 1).

https://www.petronas.com/flow/sites/flow/files/assets/2021-04/MicrosoftTeams-image%20%2852%29.png

35% kos operasi tahunan Petronas masih lagi pada pekerja manual. Kos meningkat tinggi di offshore disebabkan kos latihan pekerja dan kos persijilan peralatan.

Robot ANYmal akan dikomersialkan pada 2022, dijangka mampu melancarkan lagi kerja dan mengurangkan kos, keselamatan pekerja lebih terjamin dengan menggantikan manusia di sesetengah tugasan yang berisiko tinggi.

Sumber: https://www.petronas.com/flow/technology/meet-anymal

aymdpFsdgbA

alzan Publish time 27-12-2021 04:14 PM

kurangkan kos dgn jdkan robot buat keje. manusia akan menganggurla

Artemesiaa Publish time 27-12-2021 06:05 PM

Manusia makin tak diperlukan masing2 berlumba2 nak bertukar kepada pengunaan robot nampaknya
Pages: [1]
View full version: Tiada Lagi "Offshore Gaji Tinggi Risiko Pun Tinggi", Petronas Guna Robot ANYmal 2022


ADVERTISEMENT