adila39 Publish time 26-12-2021 11:11 PM

Info yang anda perlu tahu ~ Rahim jatuh sebab angkat berat? Kenapa peranakan jatuh? Eh mitos lah ?

Edited by adila39 at 27-12-2021 08:35 AM

Salam and sihat ke semua? I terbaca artikel ni today so i share...saban kali kita kerap dengar eh jangan angkat berat...nanti peranakan jatuh. Well ....to be precise, angkat berat bukan penyumbang utama isu rahim jatuh ni tapi sebagai wanita boleh juga menjadi salah satu perkara perlu dielakkan.

Rahim jatuh adalah satu keadaan di mana uterus turun ke arah atau ke dalam faraj. Hal ini berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis menjadi lemah dan tidak mampu lagi untuk menyokong uterus.

Dalam sesetengah kes, uterus ini boleh menurun hingga ke bahagian bukaan faraj.

Bagi membantu anda mengenalpasti sekiranya rahim anda jatuh atau tidak, di sini kami senaraikan beberapa tanda rahim jatuh.

Bagi mereka yang mempunyai masalah rahim jatuh yang kecil, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda. Manakala bagi mereka yang mempunyai masalah pada tahap sederhana dan teruk, ia mungkin menyebabkan beberapa tanda.

Antara tanda rahim jatuh peringkat awal ialah:


[*]Perasaan seperti anda duduk di atas bola
[*]Keputihan yang berlaku dengan lebih kerap
[*]Mempunyai masalah dyspareunia ( sakit ) ketika melakukan hubungan seksual
[*]Uterus atau serviks yang menonjol keluar daripada faraj
[*]Rasa seperti ditarik atau rasa berat pada bahagian pelvis
[*]Mengalami sembelit atau kesukaran untuk membuang najis
[*]Kencing tidak lawas
[*]Jangkitan kencing yang berulang atau kesukaran untuk membuang air kecil
[*]Sakit pada bahagian bawah belakang badan

Apa yang perlu anda lakukan jika mempunyai tanda peranakan jatuh peringkat awal seperti ini? Langkah terbaik semestinya adalah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan bagi tanda peranakan jatuh peringkat awal, ia boleh menjejaskan usus, pundi kencing dan fungsi seksual anda.

Apakah faktor risiko yang menyebabkan tanda rahim jatuh ini berlaku?

Rahim jatuh yang berlaku ini juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

[*]Kehamilan
[*]Faktor-faktor yang berkaitan kelahiran bayi seperti kecederaan, melahirkan bayi dengan saiz yang besar atau melahirkan bayi menerusi faraj
[*]Faktor umur yang semakin meningkat. Khususnya setelah menopaus kerana tahap estrogen telah menurun
[*]Kerap mengangkat barang-barang berat - haaa jika kerap okay
[*]Meneran dengan kuat sewaktu membuang air
[*]Batuk yang kronik
[*]Mempunyai sejarah menjalani pembedahan pada pelvis

[*]Faktor genetik yang mendorong kepada berlakunya kelemahan pada tisu penghubung


Adakah mengangkat barang yang berat boleh menyebabkan rahim jatuh?

Mengangkat barang-barang yang berat bukanlah penyebab utama kepada berlakunya rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal. Namun, mengangkat barang-barang yang berat boleh menjadi salah satu faktor risiko terjadinya rahim jatuh.

Ini kerana, apabila anda mengangkat barang-barang yang berat, ia akan meningkatkan tekanan pada intraabdomen, yang seterusnya menyebabkan kebocoran pada organ pelvis.

Sumber hellodoctor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 20/09/2021Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

@ipes2




musangbodoh Publish time 27-12-2021 02:59 AM

nice sharing{:thumbo

adila39 Publish time 28-12-2021 07:51 AM

Prolapsed uterus in medical term kan? @ipes2

ipes2 Publish time 29-12-2021 06:42 AM

adila39 replied at 28-12-2021 07:51 AM
Prolapsed uterus in medical term kan? @ipes2

iya benar
prolapsed uterus boleh terjadi atas factor2 diatas itu
dan yg utama ialah factor umur
juag factor berapa kali mengandung
Pages: [1]
View full version: Info yang anda perlu tahu ~ Rahim jatuh sebab angkat berat? Kenapa peranakan jatuh? Eh mitos lah ?


ADVERTISEMENT