Raline Publish time 26-12-2021 04:46 PM

Anak Vivy Yusof Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Anak Vivy Yusof Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir


https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/Presentation1-12-750x422.jpg

Tragedi banjir yang berlaku di Malaysia telah mendapat perhatian pelbagai lapisan Masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghulurkan sumbangan. Tidak ketinggalan, golongan artis juga turut terlibat dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan mangsa banjir.

Vivy Yusuf Terkesan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/via-Instagram-vivyyusof.jpg

Tragedi tersebut turut memberi kesan kepada usahawanita, personaliti TV dan ikon fesyen Malaysia, Datin Vivy Sofinas Yusof atau dikenali sebagai Vivy Yusof.

Dia telah memuat naik satu hantaran di halaman Instagram mengenai perasaan sedihnya apabila melihat mangsa banjir dan menunjukkan kepada anak-anaknya situasi sebenar yang terjadi.

Anak Mengeluarkan Wang Sendiri


Seperti yang dikongsikan oleh Vivy, video yang dikongsikan kepada anak – anaknya telah menyebabkan mereka terdiam apabila melihat paras air dan sampah sarap yang mengelilingi orang ramai.

Setelah menyaksikan video tersebut, anaknya Mariam yang berumur 6 tahun telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan.

Tragedi tersebut turut memberi kesan kepada usahawanita, personaliti TV dan ikon fesyen Malaysia, Datin Vivy Sofinas Yusof atau dikenali sebagai Vivy Yusof.

Dia telah memuat naik satu hantaran di halaman Instagram mengenai perasaan sedihnya apabila melihat mangsa banjir dan menunjukkan kepada anak-anaknya situasi sebenar yang terjadi.

https://www.instagram.com/p/CX3vwTkP0qK/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4b6c4e2e-a678-488f-a7d6-a0f504ad614f


Anak Yang Boleh Dibanggakan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/via-Hype.jpg

Apa yang dinyatakan oleh Vivy, wang sebanjak Rm220 itu adalah hasil simpanan Mariam yang asalnya bertujuan membeli mainan untuk dirinya, tetapi setelah menyaksikan kejadian banjir, dia menyerahkan kesemuanya wang simpanan tersebut.

Tambahnya lagi, dia berasa puas setelah melihat tindakan anaknya itu dan dia berasa bangga dengan Mariam kerana meletakkan nilai kemanusian lebih tinggi daripada mainan yang ingin dibelinya.



Sumber:https://murai.my/2021/135110/anak-vivy-yusof-sanggup-keluarkan-duit-sendiri-untuk-hulurkan-bantuan-kepada-mangsa-banjir/

Kitty_catz Publish time 28-12-2021 07:32 PM

FV rugi berapa jota pulakin 2021 tinbo oiii???? ;P

cm_vungtau Publish time 1-1-2022 09:41 AM

Drama aje la kerjanya

kepingbewok Publish time 1-1-2022 10:17 PM

so basically fv jual duck dgn lilit je la skrg..all the best tinvy.

wallflower Publish time 4-1-2022 03:29 AM

Malas nak layan memana syarikat yg jadi tin milo, tolong kutip duit org.Nak buat CSR guna duit masyarakat buat apa. Lain la mcm NGO yg mmg terbukti salurkan bantuan mcm Mercy dsb.
Pages: [1]
View full version: Anak Vivy Yusof Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir


ADVERTISEMENT