FanTasyCreaTioN Publish time 26-12-2021 06:25 AM

Kisah Penemuan Secara Tidak Sengaja Antibiotik Penicilin Yang Mengubah Dunia Perubatan

https://iluminasi.com/img/upload/penemuan-antibiotik.jpg

Penciptaan ubat antibiotik sememangnya telah membawa perubahan yang besar dalam dunia perubatan. Kebiasaannya, apabila anda ke klinik kerana kerana sakit ringan seperti demam, batuk atau selsema, doktor biasanya akan memberikan antibiotik sebagai salah satu ubat kepada pesakit.

Antara antibiotik yang terkenal adalah penicilin. Ianya sangat efektif digunakan untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria staphylococci dan streptococci. Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit boleh diubati dengan penicilin memandangkan terdapat beberapa jenis baktera yang sudah merevolusi dan mempunyai ketahanan terhadap antibiotik penicilin ini.

Penciptaan penicilin ini juga membuka lembaran baru dalam dunia perubatan apabila lebih banyak antibiotik berjaya dicipta selepasnya. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa penicilin sebenarnya dijumpai secara tidak sengaja dalam makmal?

Kecuaian yang membawa kepada penemuan penicilin
https://iluminasi.com/img/upload/dr-alexander-fleming.jpg

Mengikut rekod sejarah perubatan, penicilin telah dijumpai pada September 1928 di London. Penemuan secara tidak sengaja penicilin ini dikreditkan kepada Dr. Alexander Fleming, seorang ahli bakteriologis yang bertugas di St. Mary’s Hospital, London. Tahun 2018 menandakan ulang tahun ke 90 tahun penicilin dijumpai.

Pada ketika itu, kajiannya adalah berkaitan dengan virus influenza. Dr. Alexander Fleming sememangnya terkenal sebagai seorang yang cuai. Sebelum pergi bercuti selama 2 minggu, beliau terlupa meletakkan piring petri yang digunakan untuk kajiannya ke dalam peti kawalan di makmalnya.

Setelah pulang bercuti di Scotland selama 2 minggu, beliau dapati bakteria staphylococcus yang dikajinya itu sudah terkontaminasi. Terdapat lapisan fungi padanya. Kerana sifat ingin tahu berkaitan lapisan tersebut, beliau telah meletakkannya di bawah mikroskop.

Ternyata beliau begitu kagum kerana fungi yang telah mengkontaminasi virus tersebut sebenarnya telah menghalang virus tersebut daripada terus merebak. Lapisan fungi ini telah diberi nama Penicillium notatum, iaitu antibiotik pertama yang ditemui.

Kajian untuk memastikan keberkesanan penicilin

https://iluminasi.com/img/upload/penicilin-piring-petri-656.jpg

Penemuan secara tidak sengaja ini ternyata mengkagumkan Dr. Alexander Fleming sendiri. Beliau kemudiannya menunggu beberapa minggu lagi bagi memastikan beliau memiliki jumlah Penicillium notatum yang cukup untuk kajiannya.

Penemuan fungi Penicillium notatum ini juga hanyalah satu permulaan baru. Pada doktor mengambil lebih 10 tahun untuk mengkajinya sebelum ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan.

Pada peringkat awal, Dr. Alexander Fleming percaya terdapat beberapa faktor bagaimana Penicillium notatum ini mampu menghalang pembiakan bakteria dan mengkaji kemungkinan ianya digunakan untuk memerangi penyakit berjangkit.


Penggunaan pertama antibiotik dalam bidang perubatan
https://iluminasi.com/img/upload/penggunaan-antibiotik-dalam-peperangan.gif

Walaupun dijumpai pada tahun 1928, antibiotik penicilin hanya pertama kali digunakan pada pesakit pada Mac 1942, iaitu kira-kira 14 tahun kemudian. Anne Miller menjadi pesakit pertama yang berjaya diubati dengan antibiotik penicilin.

Pada ketika itu, beliau telah terlantar sakit dan hampir mati di New Haven Hospital setelah keguguran. Keguguran tersebut telah menyebabkan telah dijangkiti sejenis jangkitan pelik yang menyebabkan keracunan darah. Beliau akhirnya berjaya diselamatkan dengan penggunaan penicilin.

Penicilin juga telah menyelamatkan banyak nyawa dalam era peperangan. Mengikut rekod, antara sebab utama kematian pada zaman Peperangan Dunia Pertama adalah jangkitan penyakit berbahaya. Dengan penggunaan antibiotik, peratusan kematian disebabkan jangkitan bakteria pneumonia berjaya dikurangkan daripada 18% pada Perang Dunia Pertama kepada kurang 1% pada Perang Dunia Kedua.

Menyedari akan potensi antibiotik ini dalam bidang perubatan, banyak syarikat Amerika Syarikat telah berlumba-lumba menghasilkannya. Antara Januari hingga Mei 1942, hanya 400 juta unit ubat penicilin dihasilkan. Menjelang penhujung Perang Dunia, syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat telah menghasilkan 650 bilion unit penicilin setiap bulan.

Kredit:

    WikiPedia
    Healio
    The Guardian

musangbodoh Publish time 26-12-2021 11:58 AM

ye terbaik content...{:thumbo

p/s sama gak dgn ayaq coke...situasi je berbeza;P

FanTasyCreaTioN Publish time 27-12-2021 04:09 AM

musangbodoh replied at 26-12-2021 11:58 AM
ye terbaik content...

p/s sama gak dgn ayaq coke...situasi je berbeza

Terimakasih {:1_149:}

FC suka membaca jer selalu nya ...

meh~ la buka Thread pasal coke tu ... :$


Pages: [1]
View full version: Kisah Penemuan Secara Tidak Sengaja Antibiotik Penicilin Yang Mengubah Dunia Perubatan


ADVERTISEMENT