FanTasyCreaTioN Publish time 26-12-2021 06:00 AM

Peristiwa 101045 – Sarawak Di Ambang 13 Mei



SEBAGAI sebuah negeri yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, Sarawak sehingga ke saat ini masih lagi terkenal dengan toleransi kaum dan perpaduannya yang utuh.Hakikatnya bukanlah senang untuk membina akan hal sedemikian sehingga ianya mampu menjadi kebanggaan kita semua.Dalam pada itu mungkin ramai antara kita terlalu selesa didodoikan bahawa perpaduan Sarawak itu semuanya “mojor joros” belaka sehingga menidakkan bahawa suatu waktu dahulu itu pernah terjadi satu peristiwa yang seakan-akan cerita tragedi 13 Mei yang berlaku di bumi Malaya.

Peristiwa 10/10/45 adalah antara satu sejarah hitam yang pernah berlaku di Sarawak iaitu usai sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua berlaku.Tatkala itu, Sarawak adalah dibawah pemerintahan tentera yang mana menyaksikan Tentera Australia tiba di Sarawak bagi mengekalkan keamanan selepas pasca perang.Peristiwa 10/10/45 adalah satu pergaduhan besar yang berlaku antara kaum Cina Sarawak menentang kaum Melayu Sarawak di Kuching pada masa itu.

Menguak pintu sejarahnya peristiwa hitam ini sebenarnya sudahpun bermula di ketika musim Jepun merentah Sarawak.Kita sendiri mengetahui bahawa di ketika pendudukan Jepun, kaum Cina adalah antara kaum yang sering menjadi sasaran mudah kekejaman pentadbiran Tentera Jepun.Dek kerana ada sejarah hitam antara Indo-Cina dan Jepun maka ianya turut terpalit pada penghidupan masyarakat Cina di Sarawak pada masa itu.

Dalam pada itu semasa saat akhir pendudukan Jepun di Sarawak menyaksikan Jepun yang pada mulanya masih mendapat sokongan dari Melayu dan Iban Sarawak telah mula dibenci.Ini kerana diambang kehilangan kuasa lebih-lebih lagi banyak kapal-kapal perang Jepun tenggelam dek kerana dihentam berhabis-habisan oleh Tentera Perikatan di lautan menyaksikan Jepun sudah tertekan sehingga mereka turut menjadi masyarakat tempatan Melayu mahupun Iban menjadi mangsa.

Menurut sejarahnya pada ketika itu, masyarakat Iban amat membenci Jepun kerana tentera-tentera Jepun telah menggunakan kekerasan keatas petani-petani Iban bagi mendapatkan bekalan beras daripada mereka.Selain itu kerana bimbang masyarakat Iban bangun menentang mereka, segala bentuk senjata seperti senapang patah dan sebagainya pula diharam dan dirampas dari mereka sehingga memaksa masyarakat Iban begitu sukar untuk keluar memburu iaitu antara kepakaran mereka dari dahulu sehingga sekarang.

Sementara untuk masyarakat Cina di Sarawak pula setelah Jepun menyerah kalah pula ditanamkan dengan dogma bahawa sebenarnya yang membantu kekalahan Jepun pada masa itu adalah Kerajaan Chiang Kai-Shek.Ini kerana Kerajaan Chiang Kai Shek pada masa Perang Dunia Kedua berlaku juga adalah antara mereka yang berada di blok kerajaan tentera bersekutu.

Dek kerana itulah apabila Tentera Australia mula memasuki bandar-bandar di Sarawak pada masa itu, mereka terkejut dengan sambutan meraikan pengunduran Jepun dengan bersimpang siurnya bendera-bendera Negara China di seluruh pelusuk bandar di Sarawak lebih-lebih lagi Kuching dan Sibu pada masa itu.Dan sambutan kemenangan itu langsung sudah melupakan bendera sebenar Kerajaan Sarawak yang seharusnya dinaikkan.

Apa yang dilakukan oleh masyarakat Cina di Sarawak itu menimbulkan rasa tidak senang hati kaum Melayu dan etnik yang pelbagai di Sarawak pada masa itu.Hal ini bukan sahaja terjadi di bandar-bandar besar malah juga di daerah terpencil seperti di Saratok, Betong dan Simanggang.Sekali lagi apa yang dilakukan oleh masyarakat Cina di ketiga-tiga daerah ini telah mewujudkan rasa kurang puashati masyarakat Iban yang merupakan majoriti penduduk di daerah tersebut.

Akhirnya rasa ketidakpuasan hati ini sudah tidak mampu dibendung lagi apabila pada 10 Oktober 1945, tiang-tiang bendera serta banner-banner yang mengarah kepada mengagungkan Kerajaan Chiang Kai-Shek telah diturunkan oleh masyarakat Iban di ketiga-tiga daerah tersebut lalu dinaikkan bendera Sarawak yang sebenarnya.Maka bermulalah episod jeling menjeling dan bertikam lidah antara masyarakat Iban dan Cina pada masa itu sehingga membangkitkan suasana tegang antara mereka.

Itu ceritanya di Saratok, Betong dan Simanggang manakala lain pula yang berlaku pada tanggal 10 Oktober 1945 di Kuching.Pada hari itu iaitu sekitar jam 9.30 pagi diceritakan hampir 1,000 orang masyarakat Cina di Kuching sudah mula berhimpun di jalanraya sekitar Brooke Dockyard dan Main Bazaar.Jumlah yang ramai dari masyarakat Cina pada masa itu adalah untuk memulakan pergaduhan dengan kaum Melayu Sarawak di Kuching.

Tindakan rusuhan pada masa itu akan dimulai dengan menyerang masjid-masjid dan perkampungan Melayu sekitar kawasan tersebut.Dan akibat daripada itu juga menyaksikan masyarakat Melayu di Kuching telah mula menyusun barisan mereka malah bila-bila masa sahaja sekiranya ia berlaku, mereka tidak akan berpeluk tubuh malah akan berhabis-habisan mempertahankan maruah bangsa dan agama mereka dari diperlekeh-lekehkan.Ini kerana masyarakat Cina pada ketika itu menuduh masyarakat Melayu sebagai pembelot kepada Kerajaan Sarawak.

Dan bersyukurlah kita, suasana tegang ini langsung tidak mengorbankan sebarang jiwa dari kedua-dua pihak kerana Tentera Australia telah bertindak lebih pantas.Tentera-tentera Australia telah dikerahkan untuk bersiaga di Kuching dan menangkap siapa sahaja yang cenderung untuk membuat onar pada masa itu.Segala senjata juga turut dirampas dan seterusnya perintah berkurung 24 jam telah berkuatkuasa di Kuching serta merta.

Walau pergaduhan besar ini mampu dileraikan buat seketika namun rasa tidak puashati di kalangan masyarakat Cina dan Melayu Sarawak tetap sentiasa ada cuma disimpan di dada.Tatkala inilah pemimpin-pemimpin tersohor kedua-dua kaum ini memainkan peranan bagi menjernihkan suasana.Dikatakan Baba Ong Tiang Swee sebagai pemimpin Cina Kantonis Kuching telah duduk semeja dengan Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha Moasili, seorang pemimpin Melayu Kuching telah seia sekata menandatangani perjanjian perdamaian.

Inilah peristiwa 10/10/45 yang berlaku di Sarawak yang menyerupai Tragedi 13 Mei kerana melibatkan rasa kurang puashati antara tiga kaum di Sarawak.Walaupun aksi-aksi gasar kedua-dua kaum tidak dilestarikan mengikut apa yang dirancang namun api di dalam sekam itu jangan pernah dianggap enteng.Sekiranya ia berlaku mungkin sejarah kita di Sarawak agak berbeza seperti sekarang.

Jadi, pelajarilah segala sejarah kerana kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya sudah terlalu cenderung dengan mainan isu agama mahupun anti bangsa itu ini dan sebagainya.Nenek moyang kita cukup mempertahankan toleransi kaum dan agama kita dan jangan sesekali kita sebagai satu generasi yang ada segala serba-serbi kemudahan dan kesenangan terbuai dengan mainan politik sesetengah pihak.

Kita dahulukan kesatuan kita sebagai urang Sarawak dan malulah kita hanya gah sebagai rakyat Sarawak yang bersatu padu duduk semeja dengan makan di restoran sahaja sedangkan minda kita sudah mula menular menjadi orang Sarawak yang “racist”. Orang Sarawak semuanya bersaudara lihatlah sahaja di dalam keluarga Cina pasti ada keturunan Melayu atau Iban atau Bidayuh dan sebaliknya menjadi anggota keluarga kita.Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Sejarah mengajar kita.



helicornia Publish time 26-12-2021 08:09 AM

Tk sangka pulak.selama ni iols kagum Sarawak sgt harmoni berbilang kaum.tapi semua tu sejarah la ye harap tk berlarutan sampai sekarang

FanTasyCreaTioN Publish time 27-12-2021 04:06 AM

helicornia replied at 26-12-2021 08:09 AM
Tk sangka pulak.selama ni iols kagum Sarawak sgt harmoni berbilang kaum.tapi semua tu sejarah la ye...

sebab tu sentimen perkauman memang sangat2 d elak kan kat sini... sebab sini bukan hanya ada d monopoli 3 bangsa besar ja ... banyak pecahan bangsa / kaum kat sini...

sentimen Agama pun gtu juga kat sini ...


copy_paste Publish time 28-12-2021 03:27 PM

aku xpernah g sarawak,tp kawan yg g serawak ckp kaum sane lebih bersatu,
kalau nk banding selangor, johor,pineng,ermm

pokaibanktokyo Publish time 29-12-2021 08:04 AM

Pada hemat saya perbuatan kaum hina dina lemah longlai yang cuba berlagak seperti hebat sedangkan mereka baru saja diselamatkan oleh kuasa kuasa berikat dari terus diaibkan dan dizalimi askar jepun adalah sesuatu yang mencari penyakit dan mengundang perasaan mual kaum kaum lain. Mujur tentera australia ada. Kalau tidak pastinya cina jadi lauk kepada melayu pula.dan bukannya setakat diketawakan dan diludah oleh kaum iban dan melayu.

FanTasyCreaTioN Publish time 29-12-2021 04:36 PM

copy_paste replied at 28-12-2021 03:27 PM
aku xpernah g sarawak,tp kawan yg g serawak ckp kaum sane lebih bersatu,
kalau nk banding selangor,...

Lebih bersatu tu pun ... makin hilang sekarang ni... harap tak berterusan begini ...terjadi sebab politik...


saling menghormati tu ... masih lagi kuat kat Sarawak ni ... samada dari segi perayaan , kepercayaan dan toleransi antara kaum ...


FanTasyCreaTioN Publish time 29-12-2021 04:37 PM

pokaibanktokyo replied at 29-12-2021 08:04 AM
Pada hemat saya perbuatan kaum hina dina lemah longlai yang cuba berlagak seperti hebat sedangkan me ...

bak kata iban :

agi idup agi ngelaban ... jangan memain ... :$

copy_paste Publish time 31-12-2021 09:36 AM

FanTasyCreaTioN replied at 29-12-2021 04:36 PM
Lebih bersatu tu pun ... makin hilang sekarang ni... harap tak berterusan begini ...terjadi sebab p ...

sebab politik tu la 1 hal,ada org politik main sentimen kaum,tu yg x best, modal politik diorg demi bangsa diorg je,
kalau parti berasaskan bangsa tu dah mmg pegangan diorg,ni parti pelbagai kaum pun main politik bangsa

tompie Publish time 31-12-2021 10:28 AM

Geneg2 ni jugaklah yang sibuk dengan kempen S4S. Mual betul aku.
Sedangkan penduduk asli Sarawak kebanyakannye selesa dalam Malaysia, cuma sesetengah dari mereka je yang termakan hasutan puak2 keparat ni.

Dan aku still confuse kenapa tak boleh nak jatuhkan hukuman yang berat kepada mereka2 yang lantang nak keluar Malaysia, bukan kah itu treason? Kalau zaman dulu dah lama kena hukum mati atau buang daerah/negeri.
Pages: [1]
View full version: Peristiwa 101045 – Sarawak Di Ambang 13 Mei


ADVERTISEMENT