mattzzx Publish time 25-12-2021 05:17 PM

JKN Kedah siasat dakwaan petugas kaunter hospital biadab

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/25/1355525.jpg
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memandang serius dakwaan melibatkan petugas kaunter sebuah hospital di Alor Setar yang dikatakan biadab. Gambar hiasan

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memandang serius dakwaan melibatkan petugas kaunter sebuah hospital di Alor Setar, di sini, yang dikatakan biadab dalam kejadian pada 12 Disember lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan amat menghargai serta berterima kasih atas maklum balas yang diberi.

"Pengadu dimohon untuk segera menghubungi Unit Komunikasi Korporat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di talian 04-7406 562 bagi memberikan maklumat lengkap berkaitan kejadian tersebut agar siasatan yang lebih terperinci dapat dijalankan.

"JKN Kedah amat kesal dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengadu dan mana-mana pelanggan ketika berurusan di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata sedemikian mengulas dakwaan pengadu dalam ruangan forum sebuah media mengenai sikap seorang pembantu tadbir rendah yang didakwa pengadu bersikap biadab pada Jumaat.

Katanya, untuk makluman umum, semua janji temu pesakit di Klinik Pakar HSB diberikan secara berperingkat (staggered time) untuk mengelakkan para pesakit dan waris datang pada waktu yang sama dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, pesakit dan waris dinasihatkan mengikuti tarikh serta masa janji temu yang diberi untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Bagi sebarang aduan atau cadangan penambahbaikan sila hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di talian 04-7741 000.

musangbodoh Publish time 25-12-2021 07:31 PM

dakwaan pengadu dalam ruangan forum sebuah media

share lh sape ader
Pages: [1]
View full version: JKN Kedah siasat dakwaan petugas kaunter hospital biadab


ADVERTISEMENT