Raline Publish time 23-12-2021 11:09 AM

Spider-Man: No Way Home wajib tonton, lima bintang!

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/collage-spidey.jpg
FILEM Spider-Man: No Way Home mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 16 Disember lalu.

Spider-Man: No Way Home wajib tonton, lima bintang!

KALAU kalian belum berkesempatan menonton Spider-Man: No Way Home dan memang penggemar jenama atau francais Marvel Cinematic Universe (MCU), tolonglah ke panggung wayang berdekatan. Sebab apa? Kerana anda memang tidak akan pulang dengan kekecewaan.

Secara peribadi, No Way Home merupakan antara filem terbaik MCU. Bukan itu sahaja, dalam banyak filem berjenama Spider-Man yang pernah dihasilkan, naskhah ini antara yang mengandungi kualiti sebegitu.

Filem arahan Jon Watts berkenaan mengukir sejarah sebagai antara produk Marvel paling tinggi kutipan panggung pada minggu pembukaan. Setaraf Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Ada banyak perkara yang berlaku dalam No Way Home dan biarpun begitu, pengarah bijak menimbulkan kestabilan dari segi naratif, perkembangan karakter dan nilai nostalgia (ehem!).

Tom Holland hebat!

Persembahan lakonan Tom Holland beraksi sebagai Spider-Man atau Peter Parker sangat berkesan. Dia fasih melahirkan lelucon, pandai bermain emosi, kaya dengan aksi berhayun ke sana sini dan paling penting, dia tahu apa tanggungjawab seorang adiwira.

Dari kaca mata luaran, barangkali ramai berpendapat, pada awalnya, Peter seorang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi beransur-ansur, timbul kesedaran yang apa yang dilakukannya sebenarnya adalah untuk kesejahteraan orang ramai.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/nhw_still_116-1024x540.jpg
KARAKTER Electro menyaksikan Jamie Foxx kembali menjayakan watak ‘villain’ kesayangan ramai itu dalam filem Spider-Man terdahulu.

Sesekali, ada terbit keyakinan bahawa aktor itu layak dicalonkan sebagai pelakon terbaik, barangkali untuk Oscars. Akan tetapi, filem bercorak adiwira gelanggangnya bukan untuk pentas berprestij tersebut. Cukup sekadar mengaum dari segi kutipan atau keuntungan di panggung.

Banyak ‘villain’ dalam filem ini dan kebiasaannya apabila itu terjadi, sukar menarik perhatian penonton, namun itu tidak berlaku dalam No Way Home. Terjemahan karakter villain seperti Electro, Norman Osborn dan Octavius berjaya divisual dan diceritakan dengan cukup sempurna.

‘Multiverse’, nostalgia

Kalau boleh tidak mahu bercerita lebih tetapi melihat semua watak penjahat tersebut dalam satu filem disebabkan magis ‘multiverse’ membuatkan mata penulis berhabuk. Semuanya gara-gara terlalu banyak kenangan sepanjang membesar dengan filem Spider-Man terdahulu, dijayakan oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange walaupun penampilannya agak minima, tetap memberikan impak berbekas kepada penonton. Dia kelakar, ‘savage’ dan pada masa sama, penyebab utama ‘keseronokan’ berikutnya dalam filem Marvel akan datang.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/nhw_still_120-jpg-1024x540.jpg
GREEN Goblin kembali dalam Spider-Man: No Way Home.

Memang tidak sabar menanti kesudahan selanjutnya dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Dari segi hal teknikal seperti sinematografi, efek bunyi dan imej janaan komputer (CGI), No Way Home juga tidak mengecewakan. Babak ketika Spider-Man melarikan kotak ‘spell’ dan memerangkap Doctor Strange dalam ‘Mirror Dimension’, itu antara yang membuatkan penulis ternganga.

Secara keseluruhan, Spider-Man: No Way Home memang terbaik! Sedikit pesanan, ada dua ‘post credit’, jadi jangan tinggalkan tempat duduk kalian di panggung terlalu awal.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12/23/spider-man-no-way-home-wajib-tonton-lima-bintang/

eddlisa_uyuk Publish time 27-12-2021 08:47 AM

CLOSE THREAD, THREAD DAH ADA

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1267673&extra=page%3D1
Pages: [1]
View full version: Spider-Man: No Way Home wajib tonton, lima bintang!


ADVERTISEMENT