Meriahnya Tiga Beranak Ini Sama-sama Kerja 'Pak Guard'!
Bekerja bersama keluarga pastinya membangkitkan suasana berlainan daripada kebiasaan. Perwatakan ceria tiga beranak ini yang bertugas sebagai pengawal keselamatan meraih perhatian.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/22/150652n5r7c5kccer5cc5k.jpg
Nur Fiza Aina Zabri berkata, dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Petaling Jaya, Selangor sejak tiga bulan lalu.
Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kini bertugas di tempat itu bersama bapanya berusia 63 tahun yang berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 2019.
7042900557253610779
"Saya baru je kerja guard. Abah (panggilan bapa) lebih lama setelah bersara sebagai kerani. Mak pula baru menceburkan diri berkhidmat sebagai guard.
"Saya dan ayah bekerja secara tetap, manakala mak jadi buffer (pengawal gantian) bagi menggantikan seorang guard warga Nepal yang bercuti.
"Secara kebetulan, mak ditempatkan bersama saya dan abah di hari pertama mak bertugas jadi guard. Itu yang nampak meriah dalam pondok pengawal," katanya kepada mStar.
7043615636920061210
Lebih mesra disapa Aina, katanya, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya.
"Saya tahu segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman. Nak rasa apa yang abah saya rasa.
"Cabarannya bukan setakat berpanas, tapi juga berdepan dengan orang luar selain persepsi dipandang rendah hanya kerana kerja guard," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tiada masalah baginya bekerja sambil belajar dengan menguruskan masa untuk sesi terbuka dan jarak jauh (ODL).
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/22/150657kpfl84i2f6is2l82.jpg
"Saya masih mengikuti kelas online dan melakukan tugasan di rumah selepas balik kerja. Yang penting kena mengimbangkan masa kerja dan belajar," ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu.
Mengakui dirinya sensitif dan mudah tersentuh, namun gadis ini berjiwa kental ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.
"Kena marah dan maki dengan orang luar tu perkara biasa. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang tak sabar atau enggan beri kerjasama.
"Saya okay apabila berhadapan dengan orang luar, dalam kerja kena tegas. Saya bercita-cita nak jadi polis... nak jadi polis ni jiwa kena kental.
"Tapi saya sebenarnya hati tisu kalau dengan keluarga terutama dengan abah. Bila bekerja dengan abah, kadang-kadang kami tak sependapat. Saya pula masih muda ada juga keras kepala, jadi bila kena tegur tu rasa nak menangis," katanya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/22/150657p4t6gttjoxto3966.jpg
Aina bagaimanapun menyifatkan ketegasan bapanya sebagai lumrah dalam mendidik anak-anak selain komited dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.
"Di tempat kerja abah memang tegas dan garang, tapi dia sebenarnya seorang selamba dan suka berlawak. Mak juga sempoi, seorang yang happy-go-lucky.
"Jadi memang tak bosan kalau kerja berpanas dengan mak dan abah yang sekepala. Kerja pun rasa seronok," katanya.
Sumber: mStar Tahniah, dik. Drp mengabiskan duit mak pak, tunjuk lurah dendam yg dah layut macam hanis haizi. Ni ada juga sumbangan kpd family & negara. Takpelah asal bahagia Comelnya satu family happy camni. macam best pulak,tak memilih kerja,asalkan halal kan. ada sesetengah majikan tak mahu amik spouse/ahli keluarga pekerja untuk sama2 keje takut kalau sorang amik cuti semua ikut. hati ko keras roy.... anak semua dah besar, tak tau nak buat apa kat rumah baik kerja ek ada rezeki lebih.. mana ada kerja mudah pun zaman skarang. Usaha tawakkal asalhalal, jalan teruusss sis Ok ler tu dapat juga pendapatan dari duduk dirumah harap belanja dari mak pak orang pandang miskin, tapi tengok diorang ni, kaya raya bukan main.
kaya kebahagiaan. kaya ketenangan. kaya kasih-sayang. kaya silaturrahim. macam-macamlah kaya nya
kaya tanpa kebahagiaan, ketenangan, takde la kaya ye dak? Ini guard M40 ni Sukenye tgk family cerita mcm ni.. Rindu pula pada arwah abah.. Bahagianya diorang! comel!! nmpak lawa2 1 family ni
ni baru bahagia & kaya Adrif replied at 22-12-2021 08:14 PM
orang pandang miskin, tapi tengok diorang ni, kaya raya bukan main.
kaya kebahagiaan. kaya ketenanga ...
Well said Adrif.
Bagus kan bdk mcm ni. Boleh polish communication skill. Mcm kwn meols keje kat kdai runcit. Org mintak topap digi dia pegi amek berus gigi ;P. Dia kata kalau pakai mask mmg tak clear dgr apa org ckp Adrif: orang pandang miskin, tapi ten ...
I suka komen uols. I tgk gmbar n video tu pon mcm best jah. Nmpk sgt mmg manja dgn parent. Untung semua yg dlm gmbar tu. And she proud of the job
Pages:
[1]