sfhzuraz Publish time 22-12-2021 11:16 AM

Pulau Pinang kenal pasti 62 lokasi risiko banjir

Pulau Pinang kenal pasti 62 lokasi risiko banjir



Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 22, 2021 @ 8:35ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/siapsiaga_1640133315.jpg
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, di sini, ketika melakukan persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku di negeri ini.- Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli


GEORGETOWN: Seramai 761 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang bersiap siaga bagi memantau dan menyelamat di kawasan berisiko sekiranya berlaku kejadian banjir yang dijangka melanda negeri ini.
Operasi itu turut membabitkan kira-kira 300 anggota 38 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Pulau Pinang.
Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Hafiz Hafizal Timaradin, berkata persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh sudah dilakukan sejak Oktober lalu dan sebanyak 62 lokasi berisiko dikenal pasti di lima daerah negeri.
Katanya, daerah yang paling berisiko ialah di Seberang Perai Tengah (SPT) dengan 20 lokasi manakala 42 lagi lokasi di negeri ini berisiko terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.
"Setakat ini kita sudah membuat pemantauan dan akan bertindak segera sekiranya berlaku bencana.
"Kita juga mempunyai dua unit dron dan bantuan Pengkalan Udara Bertam dalam operasi berkenaan," katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, di sini.
Hafiz Hafizal berkata, pihaknya turut bersedia dengan 25 kenderaan pengangkutan air selain mengambil maklum mengenai amaran yang dikeluarkan oleh agensi kaji cuaca.
"Seramai sembilan anggota JBPM Pulau Pinang membabitkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu kerja menyelamat di Selangor," katanya lagi.




Pages: [1]
View full version: Pulau Pinang kenal pasti 62 lokasi risiko banjir


ADVERTISEMENT