tari Publish time 20-12-2021 10:59 PM

Pendarahan, keputihan antara petunjuk kucing anda bakal alami keguguran

Edited by tari at 20-12-2021 11:01 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2021%2F12%2F18%2F1410192.png
Kucing juga boleh mengalami keguguran disebabkan beberapa faktor.

TIDAK hanya manusia, kucing betina juga boleh mengalami keguguran dan ia pastinya menjadi perkara menyedihkan buat si bulus dan pemilik kucing yang menantikan kehadiran si comel baharu dalam keluarga.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kucing mengalami keguguran dan sebaik-baiknya ia perlu dibawa berjumpa doktor veterinar bagi memastikan keadaan kesihatannya tidak bertukar menjadi lebih buruk.
Tanda-tanda dan gejala kucing keguguran
Jika kucing anda pernah mengalami keguguran perkara paling umum perlu diperhatikan oleh pemiliknya adalah sama ada berlaku pendarahan normal atau berpanjangan.
Terdapat juga kebarangkalian berlaku keputihan pada alat sulit kucing betina dan ia adalah tidak normal, justeru ia mungkin gejala atau tanda ia mengalami keguguran.
Ketika keguguran berlaku pada tahap akhir kandungan, kebiasaannya kucing akan melahirkan janinnya dan keguguran ini biasanya berlaku pada kucing yang sudah tua.
https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2021/12/18/1410193.jpg
Penyebab kucing keguguran
Penyebab paling umum kucing keguguran adalah kematian janin disebabkan ketidakseimbangan hormon. Beberapa penyebab lain termasuklah;
1. Keguguran Mikotik – Kulat ini menyebabkan pendarahan berlebihan pada bahagian rahim dan dapat menyebabkan janin mati atau keguguran.
2. Kematian Janin – Jika kucing memiliki ketidakseimbangan hormon, masalah ini dapat menyebabkan kematian janin, sama ada mati ketika dilahirkan atau keguguran. Kematian janin mungkin juga terkait dengan kelainan genetik janin itu sendiri.
3. Neospora Caninum – Parasit ini biasanya ditemui pada anjing namun boleh menjangkiti kucing sekiranya ia berkongsi makanan dan minuman dengan anjing.
Ia boleh menyebabkan kucing mengalami keguguran apabila dijangkiti dengan parasit ini.kredit

Pages: [1]
View full version: Pendarahan, keputihan antara petunjuk kucing anda bakal alami keguguran


ADVERTISEMENT