sfhzuraz Publish time 20-12-2021 07:24 PM

Pekerja swasta rugi RM44,000 diperdaya 'Inspektor Yong'

Pekerja swasta rugi RM44,000 diperdaya 'Inspektor Yong'
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 20 Disember 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/20/1349827.jpeg
Gambar hiasan


KEPALA BATAS - Seorang pekerja swasta kerugian RM44,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan anggota polis berpangkat inspektor.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, wanita berusia 27 tahun berkenaan sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perubatan memaklumkan mangsa telah mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan awam secara berlebihan sebanyak 16 kali dalam tempoh sebulan.


Menurutnya, mangsa menafikan dakwaan tersebut, namun panggilan telefon itu disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Yong kononnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.


"Dalam perbualan telefon itu, Inspektor Yong memaklumkan yang mangsa sebenarnya terlibat dengan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM2.7 juta.


"Wanita ini kemudian diminta menyerahkan maklumat perbankan kononnya untuk semakan sebelum tindakan membekukan akaun mangsa. Namun setelah semua maklumat yang diminta diberikan, mangsa mendapati wang simpanannya berjumlah RM44,000 telah dipindahkan ke akaun tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Mohd Radzi berkata, menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan, wanita itu kemudiannya tampil membuat laporan.


Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai penjawat awam terutamanya pihak polis yang meminta maklumat perbankan.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/178977/BERITA/Semasa/Pekerja-swasta-rugi-RM44000-diperdaya-Inspektor-Yong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Pekerja swasta rugi RM44,000 diperdaya 'Inspektor Yong'


ADVERTISEMENT