sfhzuraz Publish time 20-12-2021 06:31 PM

Feri percuma untuk penumpang pejalan kaki

Feri percuma untuk penumpang pejalan kaki
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 20 Disember 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/20/1349681.jpg
Zairil Khir (dua dari kiri) bersama Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (kiri) melakukan lawatan selepas mengadakan sidang akhbar berhubung pembiayaan feri percuma bagi tahun 2022 pada Isnin. - Foto Bernama


GEORGETOWN - Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam sama ada melalui air atau darat secara percuma buat seluruh rakyat Malaysia.


Exco Insfrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk menyambung pembiayaan tambang feri selama setahun lagi iaitu mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.


Katanya, semua rakyat Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya (OKU) layak untuk menikmati perkhidmatan itu secara percuma.


"Penumpang hanya perlu membawa MyKad dan perlu imbas di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk mendapatkan tiket percuma sebelum menaiki feri.


"Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.


Zairil Khir berkata, kerajaan negeri telah melancarkan program feri percuma sejak 1 Julai lalu.


Katanya, dengan pembiayaan tambang oleh kerajaan negeri, penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia dapat menikmati perkhidmatan feri secara percuma setiap hari dan masa.


"Digandingkan pula dengan program Pas Mutiara bagi perkhidmatan bas Rapid Penang, ia sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri dengan keseluruhan jaringan pengangkutan awam sama ada melalui air atau darat adalah percuma," katanya.


Mengulas lanjut, Zairil berkata, jumlah keseluruhan peruntukan bagi pembiayaan tambang feri percuma pada tahun 2022 dianggarkan sebanyak RM936,000.


Beliau berkata, dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ketika ini, ia sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/178955/EDISI/Feri-percuma-untuk-penumpang-pejalan-kaki
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Feri percuma untuk penumpang pejalan kaki


ADVERTISEMENT