mattzzx Publish time 20-12-2021 04:51 PM

Nenek pun nak jadi ratu cantik juga...

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/19hmsr_1639951240.jpg
WANITA berusia menyertai sebuah pertandingan ratu cantik senior di Beijing. FOTO Agensi

Beijing: Kebiasaannya pertandingan ratu cantik seluruh dunia akan disertai gadis cantik yang masih muda.

Namun, lain pula keadaannya di China apabila satu pertandingan ratu cantik senior dianjurkan beberapa minggu lalu.

Pertandingan Ratu Cantik Senior 2021 Beijing ternyata memberi peluang kepada peserta berusia untuk menyertainya.

Peserta daripada pelbagai latar belakang yang memperagakan busana di atas pentas sebaik nama setiap daripada mereka diumumkan hos pertandingan.

Sebanyak 12 kumpulan akan dipilih berdasarkan sistem pemarkahan, pada Jumaat.

Juri, Chen Juanhong berkata, walaupun terdapat jurang usia antara model senior dan model profesional, namun ada kriteria tertentu yang diutamakan.

Peserta dinilai berdasarkan kebolehan mental, gaya hidup sihat selain kefahaman mereka mengenai fesyen.

Netizen berkata, pertandingan seumpama itu perlu dianjurkan lebih kerap bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berusia.

Seorang daripada peserta adalah wanita berusia 82 tahun dan sudah enam kali menyertai pertandingan sedemikian.

"Kami tidak lagi muda namun kami tidak perlu hanya terus berada di rumah tanpa sebarang aktiviti," kata seorang peserta seperti dilaporkan Global Times.
Pages: [1]
View full version: Nenek pun nak jadi ratu cantik juga...


ADVERTISEMENT