tari Publish time 18-12-2021 09:00 PM

Merupakan Itik Tercantik Di Dunia, Ketahui 5 Fakta Tentang ‘Mandarin Duck’

Edited by tari at 18-12-2021 09:04 PM

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/06/D1AC130C-23B0-4F22-A474-0CE5A310313C_cx0_cy5_cw0_w1200_r1.jpg?w=900&ssl=1‘Mandarin Duck’
1. Berasal dari Asia Timur
Menurut International Union for Conservation of Nature (IUCN), itik Mandarin ini berasal dari China, Jepun, Korea, Rusia Timur dan Selatan England. Pemusnahan habitat telah mengurangkan populasi itik cantik ini. Itik Mandarin kini mempunyai kurang daripada 1,000 ekor pembiakan silang di China dan Rusia.
2. Kehidupan pada zaman Yunani kuno
https://i1.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/06/Pair_of_mandarin_ducks.jpg?w=900&ssl=1
Nama saintifik untuk itik mandarin ini adalah Aix galericulata. Aix berasal dari perkataan Yunani kuno yang digunakan oleh Aristoteles untuk merujuk kepada penyelam yang tidak dikenalinya, manakala galericulata adalah bahasa Latin bagi rambut palsu. Ramai yang berpendapat bahawa itik Mandarin ini telah hidup sejak zaman Yunani kuno. Ini kerana nama itik yang sangat cantik ini hanya muncul pada zaman Renaissance kerana para penulis pada zaman ini gemar mencipta istilah baru daripada gabungan bahasa Yunani dan Latin.
3. Merupakan simbol cinta
https://i2.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/06/40122330092_27303dc58d_b.jpg?w=900&ssl=1
Itik Mandarin adalah simbol cinta dan kesetiaan di China, Jepun dan Korea. Ketiga-tiga negara menggunakan itik Mandarin ini sebagai simbol pasangan yang setia. Itik Mandarin ini juga mendorong kepada kepercayaan yang salah bahawa ia berkahwin sekali seumur hidup. Patung itik Mandarin ini diberikan sebagai hadiah untuk pengantin baru dan potret itik ini digunakan oleh Feng Shui untuk mereka yang mencari cinta.
4. Itik Mandarin jantan dikatakan itik yang bersikap buruk
https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/06/Mandarin-Duck-6-650x425-1.jpg?w=900&ssl=1
Walaupun menjadi simbol cinta di China, Jepun dan Korea kerana mereka hanya berkahwin sekali seumur hidup, tetapi itik Mandarin jantan adalah ayah yang tidak baik. Itik Mandarin jantan akan pergi setelah anaknya menetas, dan meninggalkan itik betina yang harus menjaga 9 hingga 12 anak mereka sendirian. Apabila ini berlaku, itik jantan ini bersedia untuk menumbuhkan bulu baru bagi musim kahwin berikutnya.

5. Dikaitkan dengan seni
https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/06/mandarin-duck-british-columbia-1.jpg?w=900&ssl=1
Penampilan artistiknya telah menjadikan itik Mandarin sebagai subjek lukisan dan kesusasteraan klasik China. Puisi tertua mengenai itik ditulis pada abad ke-7 SM di China, kemudian diterjemahkan oleh penulis Inggeris James Legge pada abad ke-19.
Penulis:
[*]Nur Afida Hannan Binti Mohd Rosli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
[*]Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.


FanTasyCreaTioN Publish time 18-12-2021 09:25 PM

nak satu ... :$
Pages: [1]
View full version: Merupakan Itik Tercantik Di Dunia, Ketahui 5 Fakta Tentang ‘Mandarin Duck’


ADVERTISEMENT