sfhzuraz Publish time 18-12-2021 03:16 PM

Tumor bukan penghalang tamatkan pengajian

Tumor bukan penghalang tamatkan pengajian

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 18, 2021 @ 3:03pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/tumor_1639811024.jpg
Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama Chiew Rong. Foto NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI


GEORGETOWN: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selepas pembedahan membuang tumor menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Tee Chiew Rong, 26, sepanjang pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).
Anak kelahiran Kapar, Selangor itu langsung tidak berhasrat mahu menamatkan pengajian berikutan penyakit yang dihidapinya.
Chiew Rong berkata, dia disahkan doktor mempunyai tumor di kepala pada 2018 ketika dalam pengajian. Pada hujung tahun berkenaan, doktor meminta anak bongsu daripada lima beradik itu menjalani pembedahan bagi membuang tumor.
"Pembedahan perlu dilakukan berikutan keadaan tumor berkenaan semakin membimbangkan dan ketika itu saya juga tidak tidur lena memikirkan perlu menjalani peperiksaan akhir tahun yang akan berlangsung selepas pembedahan itu.
"Berikutan kesan ubat selepas pembedahan, akhirnya saya akur dan terpaksa menangguh pengajian satu semester bagi berehat di rumah.
"Syukurlah semua sudah selesai serta dapat menghadapi waktu getir itu dan kini saya sudah tidak sabar mahu menyambung semula pengajian," katanya ketika ditemui, di sini.
Chiew Rong berkata, walaupun keluarga risau dengan keadaan kesihatannya, namun tetap memberi dorongan.




Pages: [1]
View full version: Tumor bukan penghalang tamatkan pengajian


ADVERTISEMENT