Raline Publish time 17-12-2021 05:32 PM

‘Leon Dan Saya Bukan Katolik’- Rihana Oksana

‘Leon Dan Saya Bukan Katolik’- Rihana Oksana Kongsi Sambutan Krismas Di London

‘Leon Dan Saya Bukan Katolik’- Rihana Oksana Kongsi Sambutan Krismas Di London

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage3-30.png

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana berkongsi foto dirinya bersama putera tunggalnya semalam di Instagram. Perkongsian terkini ibu beranak satu ini mengenai sambutan dan suasana di sekitar kota London, seperti sedia maklum Rihana kini menetap di sana.

Rai Krismas Bersama Leon
Menurut Rihana suasana ditempat kerja dalam mood tahun baru dan ramai rakan sekerjanya sibuk menulis kad untuk keluarga dan kawan-kawan masing-masing.

Ibu kepada Tengku Ismail Leon Petra ini berkongsi kegembiraan dengan meraikan Krismas bersama putera kesayangan di sana, bagi Rihana meski dirinya dan Leon bukan beragama Katolik ia tidak menghalangnya untuk menyambut perayaan tersebut bersama semua orang.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage1-38.png

“Suasana Krismas sudah dirasai di London.

Saya berjalan ke tempat kerja hari ini dan lihat di bandar – semuanya di dekorasi sangat cantik! Mood Krismas di udara.

Di pejabat, semua orang dalam mode Tahun Baru – Semua orang agak relaks dan dalam mood bercuti.

Rakan sekerja hari ini tanda tangan kad Tahun Baru untuk keluarga dan kawan – Tradisi yang menarik! Saya juga buat keputusan untuk hantar poskad kepada yang tersayang.

Krismas di London di sambut pada malam 24-25 Disember. Pada waktu malam orang London menunggu Santa Claus bersama hadiah, saya harap dia juga akan beri pada Leon.

Ya, Leon dan saya bukan Katolik tapi kami masih boleh bergembira untuk meraikan Krismas bersama semua orang. Kami juga merancang untuk tinggalkan Eropah selama beberapa hari. Saya mahu tunjuk Leon market Krismas dan tradisi di bandar yang lain.” Kongsinya

Netizen Beri Respon Positif
Melihat perkongsian Rihana di Instagram, orang ramai memberi pelbagai respon yang positif di ruangan komen posting tersebut.

Dan ada juga yang meluahkan rasa hormat pada bekas ratu cantik tersebut, kerana wanita tersebut tidak pernah meninggalkan putera Leon dalam apa jua yang dilakukannya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage2-37.png

“Syukur Rihana dan Leon bukan Katolik”

“Hormat betul dia ni, pergi mana-mana je tak pernah tinggal anak”

“Cantik budak lelaki ni. Dan anda ibu yang hebat. Bapa mertua saya Kristian sebelum masuk Islam tapi dia meraikan Krismas bersama keluarga kandung. Saya gembira dapat menyertai mereka sekali.”

“Kami sayang anda berdua, dari Malaysia..”

“Ismail Leon Petra” komen mereka

Wah, Rihana nak bawa Leon lihat tradisi sambutan Krimas di bandar lain pula, kecil-kecil Leon dah mengembara banyak tempat ya!

Sumber:https://murai.my/2021/134394/leon-dan-saya-bukan-katolik-rihana-oksana-kongsi-sambutan-krismas-di-london/

asamfish Publish time 19-12-2021 01:44 PM

Russians are mostly Orthodox Christian.Depa celebrate on the 7th of Jan

zuliana29 Publish time 21-12-2021 02:59 PM

handsome leon... {:childlikeo

epal_putih Publish time 22-12-2021 02:56 PM

betul
sayang betul anak dia

moga baik2 belaka ya
Pages: [1]
View full version: ‘Leon Dan Saya Bukan Katolik’- Rihana Oksana


ADVERTISEMENT