CARI-MAL Publish time 17-12-2021 07:54 AM

Kopi Aroma Besi Dibancuh Dengan Mesin Gerudi

Tular sebuah video menunjukkan penjual kopi di Indonesia membancuh minuman itu menggunakan mesin gerudi.


Suara.com melaporkan, pemilik akaun TikTok bernama @kenandgratt yang juga seorang pelanggan, mencuba hidangan kopi luar biasa tersebut yang dibancuh menggunakan sebuah mesin gerudi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/17/075332n0q6sqg5ujwqggg6.jpgKredit foto: TikTok




“Hebat-hebat ya penjual sekarang,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video itu.


Difahamkan, mesin gerudi yang digunakan itu sebenarnya sudah diubah suai dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sebatang sudu.




7021788196606315802


Kopi tersebut kemudiannya diminum seorang wanita yang bergurau dengan mengatakan ia mempunyai aroma besi.


Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen.




Sumber: Kosmo

musangbodoh Publish time 17-12-2021 10:49 AM

depa claim awai no

rospinki Publish time 17-12-2021 11:01 AM

kopi mesin tak kira jenama apa pun nak sedap kena masak dia atas dapo sekli dgn susu pekat dan susu cair sikit. masak smpi betul2 mendidih pastu tapis.

Artemesiaa Publish time 17-12-2021 11:55 AM

Bukan takat buat kopi je bancuh mertabak dan apam balik pun itu juga yang mereka guna

dua_chzy Publish time 17-12-2021 02:41 PM

Kat Korea dan Jepon pun ada yang guna mesin ni tapi untuk bancuh dalam kuantiti banyak.
Pages: [1]
View full version: Kopi Aroma Besi Dibancuh Dengan Mesin Gerudi


ADVERTISEMENT