CARI-MAL Publish time 16-12-2021 03:36 PM

"Nak Gugur Jantung Bila Dapat Info Maid Pegang Pisau Nak Bunuh Diri" - Instafamous

Pempengaruh, Adira Salahudi berdepan detik cemas apabila pembantu rumahnya, wanita warganegara luar cuba melarikan diri dan mengugut untuk membunuh diri ketika berjaya ditangkap.


Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin lalu, Adira terpaksa membatalkan percutiannya bersama keluarga dan bergegas pulang ketika dihubungi tentang situasi luar kawal itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/16/153358yug0o7nkvmyd3sof.jpgKredit foto: IG Adira




"Masa dapat info maid pegang pisau, Allahu nak gugur jantung I doa je banyak banyak Allah lindung Alva dan abang kakak I. Jangan la jadi apa apa," kongsi Adira di Instagram.


Lebih mendebarkan ketika pembantu rumah terbabit mengugut untuk membunuh diri apabila berjaya ditangkap.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/16/153342ttptjovm29g8bpsg.jpgKredit foto: IG/Gempak




"Boleh tahunya sebab Alva menangis pukul 5 lebih pagi sampai melalak, kakak I panggil maid tak nyahut, cari-cari tak ada.


"Pastu guard rumah jumpa dia dekat belakang bukit area rumah. Dia ingat boleh lari ikut jalan lain. Tapi keliling area rumah memang berpagar tak boleh keluar masuk. Nak masuk nak keluar memang kena lalu guard house.


"So dapat tangkap dia. Dia ugut nak bunuh diri, pegang pisau bagai. I balik-balik tengok dia macam tu. Tak terfikir langsung sebab I tengok dia dah okay jaga anak jaga rumah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/16/153343rfigf4f19lf047fr.jpgKredit foto: IG Adira




"Cuma memang dia lain sikit. Tak suka bercakap, tak hormat orang as tuan rumah. Tak macam orang yang I selalu jumpa.


"Kitorang cuba faham dia. Nak guna smartphone bagi, nak cuti bagi. Makan pun I masak kadang siap hantar sampai ke bilik dia. Sebab taknak dia tak makan sebab dia dah jaga anak I dengan baik," kongsinya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/16/153342c8tt8tht2iaa8z2h.jpgKredit foto: IG Adira




Adira turut berkongsi beberapa aksi pembantu rumahnya yang cuba dipujuk dan ditenangkan oleh ahli keluarga dan pengawal keselamatan di rumahnya.




Sumber: Gempak

NFBZCantik Publish time 16-12-2021 04:28 PM

putihnyaa dia ni

fealefea Publish time 16-12-2021 04:49 PM

adira saudi artis ke

shaiy Publish time 16-12-2021 05:08 PM

Macam maid pulak yg beranak meroyan jga baby menangis2…

Yg si adira ni pun satu dah tau anak kecik sibuk nak holiday tapi kedekut sbb ko tak hangkut maid sekali tu yg dia meroyan.. lenkali bawak la dia buat hal sbb nk holiday la kot.

Plus bawak2 la planning anak lpsni,nt tak puas nak enjoy sampai pegi holiday pun terpksa tggal baby dengan maid.

opie5662 Publish time 16-12-2021 06:15 PM

Lakonan utk content ke.... Mahap la, sis tamampu nk bersangka baik dgn pemengaruh sosial media... Kalau sendiri mati pon mgkn dh plan nk buat content nnt....

Normabaru Publish time 16-12-2021 06:59 PM

Panjang karangan..cer tulis kt fb..ni ig pjg bjela..cm SPM plakchoii

kotakominami Publish time 16-12-2021 07:10 PM

Selagi dia tak antar balik maid ke ejen atau buat repot, anggap je la kontent drama bodo....

stingerke Publish time 16-12-2021 08:58 PM

shaiy: Macam maid pulak yg beranak me ... serius lah dia pegi tinggal anak dengan maid? Macam kecik sangat je anak dia tggl bermalam.

lasagnaklcc Publish time 16-12-2021 09:14 PM

Awak pergi bercuti then tinggal anak dkt maid? :o

lyshafull Publish time 16-12-2021 11:24 PM

Instapemes dn drama murahan berpisah tiadaaa … mals nk cakap lebih2 tah2 owner pun x jaga kebajikan maid ..

swayne Publish time 16-12-2021 11:29 PM

shaiy replied at 16-12-2021 05:08 PM
Macam maid pulak yg beranak meroyan jga baby menangis2…

Yg si adira ni pun satu dah tau anak kecik ...

Uols baca tak dia tulis tu. dia nak bawa anak dia dengan maid. Sekali maid kata tak payah bawa sebab anak dia jenis balik je mana mana sakit. So dia tak bawa, tapi dia kata esoknya maid tu mesti datang dengan anak dia tu abang dia akan bawa. Kira datang juga join esoknya.

swayne Publish time 16-12-2021 11:31 PM

kotakominami replied at 16-12-2021 07:10 PM
Selagi dia tak antar balik maid ke ejen atau buat repot, anggap je la kontent drama bodo....

Dia dah hantar kat agent. Agent kata nak hantar maid tu kat imigresen. Sekali esoknya ada follower DM dia tanya muka maid macam mana sebab follower dia tetiba dapat maid baru dari agent. Follower tu tunjuk muka maid dia.

shaiy Publish time 16-12-2021 11:33 PM

swayne replied at 16-12-2021 11:29 PM
Uols baca tak dia tulis tu. dia nak bawa anak dia dengan maid. Sekali maid kata tak payah bawa seb ...

Tak kisah la tpi dah tau anak jenis antibodi lemah masih jgk pentingkan bercuti dari kesihatan anak.

Dasar influencer bimbo tak fikir pjg dah jadi mak pun tk boleh fikir.

swayne Publish time 16-12-2021 11:34 PM

Btw, uols tahu tak mana nak cari reliable maid? I join group cari maid kat fb. Ya Allah bersepahnya indon sendiri mengaku majikan/ejen kat post tu. Tapi kat bawah bawah mesti ada komen kantoikan diorang tu sebenarnya maid yang lari.

fairy_fairy Publish time 17-12-2021 12:47 PM

Awal-awal dah bagi masalah. TUAN RUMAH masak and hantar ke bilik??? Nasib jer lah anak kau tak kena kelar sis. Iols kalau dah bertabiat dari awal, OUT YOU GO!!

BlackOpium Publish time 19-12-2021 06:40 PM

Normabaru replied at 16-12-2021 06:59 PM
Panjang karangan..cer tulis kt fb..ni ig pjg bjela..cm SPM plakchoii

Meols sebenarnya suka baca komen kaka Norm. Lagi2 kalau kaka mencerca. Tepat, padu, jitu agittewww ;P
Btw, kalau betullah apa yang dia cerita, bahaya jugak tu maid sampai pegang pisau bagai.

Normabaru Publish time 19-12-2021 06:55 PM

BlackOpium replied at 19-12-2021 08:40 PM
Meols sebenarnya suka baca komen kaka Norm. Lagi2 kalau kaka mencerca. Tepat, padu, jitu agittewww ...

Hahahaa.yeke.mekasih dik BO..:$:$malu kaka terima pujian;P

missyL Publish time 19-12-2021 07:33 PM

opie5662 replied at 16-12-2021 06:15 PM
Lakonan utk content ke.... Mahap la, sis tamampu nk bersangka baik dgn pemengaruh sosial media... Ka ...

Allahuakbar sis.
Mase i bace Mula2 pn sangka cmnie. ;P
Sbb laki bini ni kuat sgt makketing ntah ape2
N laki die ade aura tahfiz 2.0

missyL Publish time 19-12-2021 07:33 PM

shaiy replied at 16-12-2021 05:08 PM
Macam maid pulak yg beranak meroyan jga baby menangis2…

Yg si adira ni pun satu dah tau anak kecik ...

Kesian nye. Agknye terkurung dlm tu.
Stress tu..

BlackOpium Publish time 19-12-2021 07:37 PM

Normabaru replied at 19-12-2021 06:55 PM
Hahahaa.yeke.mekasih dik BO..malu kaka terima pujian

Salam perkenalan kaka. Kaka jangan cerca meols pulak :lol:
Tapi cakap pasal instapemes / influenzer baik dalam or luar negara punya, iols macam ada keraguan sikit dengan theyols ni. Kadang tu hype je lebih semata untuk content.
Pages: [1] 2
View full version: "Nak Gugur Jantung Bila Dapat Info Maid Pegang Pisau Nak Bunuh Diri" - Instafamous


ADVERTISEMENT