Raline Publish time 15-12-2021 08:35 PM

Limosin Mewah Dari Mercedes Benz Dilancarkan Di Pasaran Malaysia

Limosin Mewah Dari Mercedes Benz Dilancarkan Di Pasaran Malaysia

Sebuah limosin mewah dari Mercedes-Benz telah dilancarkan pada hari ini iaitu model S-Class generasi baru untuk pasaran Malaysia.

Menurut laporan Careta, model ini hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu S 580 e yang dikuasakan dengan enjin 2,999cc hibrid dan mampu menghasilkan 367hp serta 500Nm.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/12/5C2ECAB9-F9E8-431B-AEA1-2AFCE8C53661-901x600.jpeg

Untuk pengetahuan, kereta ini mampu memecut sehingga 250km/j. Kelajuannya daripada 0 ke 100km/j hanya dalam 5.2 saat sahaja. Pergh! Memang mantap.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/12/70599961-E60F-4B91-BAA0-57384028F112-899x600.jpeg

S-Class terbaru ini dilengkapi dengan sistem suspensi AIRMATIC dan unit lampu Digital Light. Pada bahagian dalaman, ia menampilkan penggunaan upholsteri kulit Nappa pada ruang kabin dan trim kayu Athracite termasuklah stereng dengan balutan kulit Nappa. Serius premium gila!

Bagi sesiapa yang berminat, korang dah boleh buat pra-tempah Mercedes-Benz model S 580 e versi pemasangan tempatan (CKD) ini sekarang. Walaubagaimanapun, harga rasminya masih belum diumumkan lagi dan mungkin akan diberitahu pada Januari 2022 nanti.

Kredit: Careta

musangbodoh Publish time 15-12-2021 11:58 PM

setakat airmatic...kulit nappa tu dh biasa dgr...cuba kulit buaya tgk baru ehemmm:o

btw ku x minat merc
Pages: [1]
View full version: Limosin Mewah Dari Mercedes Benz Dilancarkan Di Pasaran Malaysia


ADVERTISEMENT