dexa Publish time 15-12-2021 02:58 PM

Apa akan berlaku jika bumi berhenti berputar? - a good read -

Edited by dexa at 15-12-2021 03:00 PM




6 kejadian ini akan berlaku jika bumi berhenti berputar.
Macam yang kita tahu, bumi berputar di atas paksi sambil mengelilingi matahari. Sebab itulah boleh terjadi perubahan waktu dari siang ke malam. Bila cukup satu putaran bumi mengelilingi matahari, maka genaplah 365 hari di mana kita akan bertukar tahun.Di luar permukaan bumi pula terdapat pelbagai lapisan atmosfera yang akan turut berputar bersama bumi dengan kadar kelajuan 1689 kilometer sejam. Tapi pernah tak korang terfikir, apa akan jadi kalau bumi berhenti berputar?
Banjir besarSekiranya pergerakan bumi beransur perlahan, air daripada laut akan bergerak ke kutub. Bila bumi berhenti berputar sepenuhnya, air laut akan membanjiri kebanyakan kawasan di bumi dan meninggalkan satu pulau di tengah bumi.
Atmosfera tergangguPergerakan atmosfera adalah seiring dengan putaran bumi. Tapi bila putaran bumi mula perlahan, setiap lapisan atmosfera akan turut perlahan mengikut kadar yang berbeza dan akan membentuk geseran.Kalau ini berlaku, hanya akan ada empat titik je di pertengahan latitud yang manusia boleh huni.
Gempa bumi di tempat tak sepatutnyaBumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu pusat, mantel dan kerak. Geseran ini akan menyebabkan terjadinya gempa bumi, malah di tempat-tempat yang tak pernah terjadi gempa sebelumnya.Letusan gunung berapi juga akan berlaku tambahan pula di dasar laut. Gangguan geologi ini akan terus berlaku sampai bumi berhenti berputar sepenuhnya.
Enam bulan siang, enam bulan malamPerubahan siang dan malam berlaku kerana bumi berputar pada paksinya, sambil mengelilingi matahari. Bila bumi berhenti berputar, perubahan siang ke malam akan mengambil masa enam bulan.
Bayangkan hidup dalam keadaan siang atau malam selama enam bulan. Suhu di waktu siang akan mencecah hingga 57 darjah Celcius, manakala di waktu malam pula -19 darjah Celcius.
CuacaCuaca akan sepenuhnya bergantung kepada matahari, bila bumi berhenti berputar. Keadaan cuaca akan ‘dikuasai’ sepenuhnya oleh matahari, jadi cuaca akan sangat senang dijangka. Di bahagian bumi yang cerah, akan terjadi ribut yang sangat kuat.
BulanDalam putaran biasa macam sekarang ni, bumi bergerak lebih laju daripada bulan. Maka bulan akan bergerak menjauhi bumi.Bila bumi berhenti berputar, bulan akan bergerak sebaliknya.
--------------------------------------------------------------------------------------------well -- ini semua scientifically research - interesting read really -sebagai orang Islam -- dah berhenti putar tumaksudnya..... innalillahi wainna ilaihi rojiuun ---


adila39 Publish time 20-12-2021 11:00 PM

Takutlah..am glad u selamat balik rumah. Lain kali call la ke apa ke if need help.

dexa Publish time 21-12-2021 09:01 PM

adila39 replied at 20-12-2021 11:00 PM
Takutlah..am glad u selamat balik rumah. Lain kali call la ke apa ke if need help.



tu la.. thanks adeline --
alhamdulillah -- what an ordeal -
nak masuk sec13 pun tak boleh --
so stay 400m dari Giant sec13 dari 1.45pm saturday
sampai esok tu10am sunday --tido dalam keta
baru dapat balik - tu pun redah sikit banjirsebelah capella--
dengan tengok few cars drifting and floating --
sedih tengok ---

ni laa bila bumi berhenti putar --- sekali banjir ha! --

Scheherazade Publish time 2-2-2022 03:46 PM

A good read indeed :D
Pages: [1]
View full version: Apa akan berlaku jika bumi berhenti berputar? - a good read -


ADVERTISEMENT