aina_shaira Publish time 14-12-2021 04:54 PM

Patutkah ambil dos penggalak (Booster)

Assalamualaikum

Nak tanya kawan-kawan dekat sini patut ambil dos penggalak (booster).
Iols dah completed vaksin bulan 8 haritu.
Iols bukan kategori warga emas.
Iols memang banyak dengar negatif pasal vaksin ni.

Kebanyakkan memang kata tak elok. Namun iols ambil juga.
Sebab susah hidup kalau tak ambil vaksin, nak check in hotel pun susah bagai, tak boleh dine in dll.

Uols rasa macam mana?
Kita raikan perbezaan, kawan2 yang anti vaksin nak bagi pendapat pun boleh...

seribulan Publish time 14-12-2021 04:58 PM

Setakat ni belum compulsory...nak AZ xyah dah dos seterusnya...tapi cam derang nak suruh lak...huhu...

musangbodoh Publish time 14-12-2021 08:53 PM

wsalam...kena amik gak sbb nk keje...risk sendiri tggung{:runo

adila39 Publish time 15-12-2021 07:42 PM

Edited by adila39 at 15-12-2021 07:43 PM

Its up to u..but nnt u research la benefit taking the booster and tidak. Boost ..maksud dia pun penggalak..like dose penggalak..to boost up ur immunity over covid infection and kesan dari covid ni..u akan kena covid even u dah completed vaccines 1,2,3 yet still ia akan mengurangkan risiko utk sakit yg critical. U boleh baca my thread earlier. So yeah its up to u.


https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=5007418&extra=page%3D1

ipes2 Publish time 15-12-2021 11:35 PM

Waalaikumussalam. saya dari segi ethics sangat menentang booster dose kerana sebahagian besar penduduk beberapa benua, belum terima 1st dose pun lagi. negara maju membolot vaccines2 ini utk beri booster dose agar dilihat mengutamakan rakyat mereka, lalu mendapat political mileage darinya.
dan mereka sudah beri booster kepada penduduk mereka yg low risk sekali pun.
saya tidak menolak booster dose saya dan telah pun ambil, kerana sebagai seorang doctor, saya golongan high risk

seribulan Publish time 16-12-2021 12:35 AM

ipes2 replied at 15-12-2021 10:35 PM
Waalaikumussalam. saya dari segi ethics sangat menentang booster dose kerana sebahagian besar pendud ...

Wah. Kena tolak le camni?

seribulan Publish time 16-12-2021 10:29 AM

ipes2 replied at 15-12-2021 10:35 PM
Waalaikumussalam. saya dari segi ethics sangat menentang booster dose kerana sebahagian besar pendud ...


Duh...dah ada kematian :o

Agensi Keselamatan kesihatan United Kingdom (UK) menganggarkan jumlah jangkitan harian kini 200,000 kes sehari.

Semalam, Javid berkata penggandaan kes Omicron kini berlaku setiap dua hari.

Perkembangan jangkitan kes Omicron di UK kini kesan peningkatan kes yang tinggi di Afrika Selatan dan pemerhatian kami mendapati kes melonjak sekitar setiap dua hari," katanya kepada Parlimen sebelum undian sekatan baharu COVID-19 dilaksanakan.

Dengan dua dos vaksin yang dianggap memberikan perlindungan yang tidak mencukupi terhadap Omicron, kerajaan negara itu mengumumkan program pemberian dos penggalak dipercepatkan bagi membantu Britain melalui krisis pandemik terkini.

Perdana Menteri, Boris Johnson mengarahkan Perkhidmatan Kesihatan Negara meningkatkan jumlah pemberian vaksin mengatasi rekod harian yang dicatatkan Mac lalu dengan 844,000 dos sehari - supaya semua orang dewasa mendapat suntikan penggalak menjelang Tahun Baru.

"Untuk mencapai sesuatu dalam skala ini, kami memerlukan bantuan anda.

"Maka hari ini, saya mengajak sukarelawan menyertai misi kebangsaan kita untuk meningkatkan jumlah vaksin," katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Saintis memberi amaran supaya pemakaian pelitup muka dalam ruang awam premis tertutup diteruskan dan ujian saringan kemasukan ke tempat awam dilaksanakan, walaupun ia masih tidak mengurangkan kes kemaskan ke hospital, sekalipun dengan adanya dos penggalak.

Kelmarin, Johnson berulang kali menolak untuk mengenakan peraturan baru berkaitan jangkitan bagi membendung Omicron sebelum Krismas.

"Kami mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk melindungi kesihatan awam," katanya ketika mengesahkan kes kematian pertama yang dikaitkan dengan varian itu di Britain.

Di Parlimen, Johnson terus menerima kecaman daripada ahli parti pemerintah, Parti Konservatif yang mengancam untuk tidak menyokong langkah sekatan yang diumumkan kerajaan, minggu lalu.

Menurut majalah Spectator, 78 ahli Parlimen parti kerajaan menentang langkah sekatan yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Ahli Parlimen, Steve Baker, berkata mereka akan mengundi menentang kerajaan mengenai sekatan itu termasuk penggunaan pasport vaksin.

Ketika ini, lebih 90,000 sukarelawan sudah berada di hampir 3,000 pusat vaksin di seluruh England bagi membantu program pemberian dos penggalak, yang mana lebih banyak pusat pemberian vaksin akan dibuka termasuk unit bergerak dan pusat pemberian sementara di pusat beli belah dan stadium.

"Saya yakin jika kita tidak laksanakan pemberian dos penggalak sekarang, maka ia akan beri kesan kesihatan jauh lebih teruk pada bulan-bulan mendatang," kata Javid. - BLOOMBERG

seribulan Publish time 16-12-2021 02:43 PM

musangbodoh replied at 14-12-2021 07:53 PM
wsalam...kena amik gak sbb nk keje...risk sendiri tggung

Ambil dos penggalak sebelum Februari ini - KJ


Oleh Suzalina Halid -             Disember 16, 2021 @ 1:33pm            suzalina@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Semua penerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.


"Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

"Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/KHAIRY_JAMALUDDIN_ABU_BAKAR_1639633940.jpg

Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar mengadakan sidang media ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.


bangcak Publish time 16-12-2021 02:52 PM

mcm biasa la.
mula2 sebagai "pilihan" bukan paksaan.

pastu dari 1, jadi 2 dos.
tak paksa pon. cuma kalu tak lengkap takbleh masuk
mana2 premis.

skang gigih kempen dos penggalak.
pastu bagi hint, dos penggalak bukan dos ke3.
maknanya akan ada dos lagi.

perniagaan yg sedang diatur hingga
kita dipaksa ambik dos bulanan.

adila39 Publish time 16-12-2021 03:22 PM

bangcak replied at 16-12-2021 02:52 PM
mcm biasa la.
mula2 sebagai "pilihan" bukan paksaan.



biasalah tu bangcak, dunia ini tidak adil:$

seribulan Publish time 16-12-2021 04:28 PM

bangcak replied at 16-12-2021 01:52 PM
mcm biasa la.
mula2 sebagai "pilihan" bukan paksaan.



It's all about ka-ching, bang {:speco

ipes2 Publish time 20-12-2021 05:37 AM

seribulan replied at 16-12-2021 10:29 AM
Duh...dah ada kematian

Agensi Keselamatan kesihatan United Kingdom (UK) menganggarkan jumlah...

ya sudah byk dah jugak yg kena Omicron ni
mungkin, soon tidak perlu lagi check apa variation nya
entahlah
UK tgh mencanak now ni, dah di red-zoned oleh neighbours dah

seribulan Publish time 20-12-2021 10:09 AM

ipes2 replied at 20-12-2021 04:37 AM
ya sudah byk dah jugak yg kena Omicron ni
mungkin, soon tidak perlu lagi check apa variation nya
e ...

Jalan Parlimen...tgh ramai jln kaki piket bawa sepanduk NO BOOSTER segala...huhu...

ipes2 Publish time 21-12-2021 05:07 AM

seribulan replied at 20-12-2021 10:09 AM
Jalan Parlimen...tgh ramai jln kaki piket bawa sepanduk NO BOOSTER segala...huhu...

adeh.. tak nak booster pulak
free tak nak pulak
nanti kena bayar baru tahu

seribulan Publish time 21-12-2021 07:40 AM

ipes2 replied at 21-12-2021 04:07 AM
adeh.. tak nak booster pulak
free tak nak pulak
nanti kena bayar baru tahu

Tak nak booster...ada juga yg bawa sepanduk taknak vaksin...huhu...

bangcak Publish time 22-12-2021 09:24 AM

melawan = antivak.

taknak sinobek sbb nak paizer = antivak.
taknak booster selepas dah selesai 2 dos = antivak.

bagi cadangan cuba evermectin atau sebarang perubatan alternatif
selepas selesai vaksin 2 dos dan dos penggalak = antivak.

tunggu dan turut perintah tanpa usaha = bukan antivak

sekian
:lol:

adila39 Publish time 22-12-2021 09:50 AM

bangcak replied at 22-12-2021 09:24 AM
melawan = antivak.

taknak sinobek sbb nak paizer = antivak.


Lupakan pasal booster ni kejap..awak bantu tak mangsa mangsa banjir di kawasan awak tu?

seribulan Publish time 22-12-2021 10:29 AM

Back to topic...

Keberkesanan vaksin Covid-19 turun, KKM saran ambil dos penggalak
| | 15 November 2021

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

"Sebab itu PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.


"Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara. Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95%," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Isnin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/172420/KHAS/Covid-19/Keberkesanan-vaksin-Covid-19-turun-KKM-saran-ambil-dos-penggalak

bangcak Publish time 22-12-2021 02:48 PM

adila39 replied at 22-12-2021 09:50 AM
Lupakan pasal booster ni kejap..awak bantu tak mangsa mangsa banjir di kawasan awak tu?

memandangkan momod ajak lari tajuk.
terpaksa arr i jawab, yes.

ada 2 grup wasap sekolah dan 1 grup keluarga buka tabung bantuan
ahli keluarga dan sahabat terkesan banjir dan i da buat sumbangan.

kenapa ya?

seribulan Publish time 22-12-2021 02:52 PM

bangcak replied at 22-12-2021 01:48 PM
memandangkan momod ajak lari tajuk.
terpaksa arr i jawab, yes.



{:smileo



.
Pages: [1] 2
View full version: Patutkah ambil dos penggalak (Booster)


ADVERTISEMENT